Peniaga didakwa miliki wang palsu RM100

Peniaga didakwa miliki wang palsu RM100

Peniaga didakwa miliki wang palsu RM100
– Foto hiasan

KULAI: Seorang peniaga baju dalam talian dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki dua keping wang palsu RM100, awal bulan ini.

Bagaimanapun, tertuduh, Cheoh Chuan Wang, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa memiliki dua keping wang kertas RM100 yang diketahuinya palsu dan dengan niat menggunakannya sebagai tulen.



Bagi perbuatan yang didakwa dilakukan di sebuah stesen minyak di Batu 21 Kulai di sini, kira-kira jam 4 petang, 1 Julai lalu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan




Timbalan Pendakwa Raya Eddlyn Wong memaklumkan perbuatan tertuduh adalah di bawah kesalahan tidak boleh dijamin, namun mencadangkan jumlah jaminan yang tinggi iaitu RM15,000 sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan ikat jamin.

“Tertuduh berisiko melarikan diri memandangkan terdapat seorang lagi suspek dalam kes ini yang masih bebas,” katanya.

Namun, peguam Omar Kutty Abdul Aziz yang mewakili tertuduh memohon ikat jamin dibenarkan dengan jumlah yang lebih rendah.

“Tiada alasan tertuduh melarikan diri hanya kerana ada suspek lain yang masih bebas. Tertuduh sendiri menyerah diri dan memberi kerjasama kepada pihak polis sebelum ini.



“Tertuduh hanya berpendapatan RM2,000 sebulan dan menanggung ibunya yang berusia 60 tahun. Bapanya sudah meninggal dunia,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Peniaga didakwa miliki wang palsu RM100


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button