Dua cedera kereta dihempap pokok tumbang

Dua cedera kereta dihempap pokok tumbang

Dua cedera kereta dihempap pokok tumbang
Keadaan pokok tumbang menimpa kenderaan di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor.

GEORGETOWN: Dua mangsa cedera selepas sekurang-kurangnya dua kenderaan dan sebuah motosikal ditimpa pokok di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, di sini, hari ini.

Dua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala beberapa lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu menyebabkan aliran trafik mengalami kesesakan sehingga lima kilometer dari arah Bayan Lepas ke Pusat Bandar.



Mangsa, yang mahu dikenali sebagai Khor, 56, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, dia yang menaiki kenderaan pacuan empat roda, bersama puluhan kenderaan lain sedang berhenti di lampu isyarat.

“Kami dikejutkan dengan bunyi kuat dan tidak tahu apa berlaku sebelum anak saya beritahu bahawa kenderaan yang dinaiki ditimpa dahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan




“Ketika keluar dari kenderaan, saya lihat seorang lelaki penunggang motosikal dan sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) turut ditimpa dahan yang merentangi jalan raya,” katanya ketika ditemui di lokasi, di sini hari ini.

Khor cedera di dahi dan tangan, manakala anaknya tidak mengalami cedera.

Kenderaan mereka rosak pada bahagian cermin hadapan dan bumbung.

Penunggang motosikal, Mohd Sharil Shariff, 44, pula cedera tangan dan bahu, manakala motosikalnya tidak mengalami kerosakan.



Isterinya yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi berkata, suaminya pulang daripada berurusan di pejabat kerajaan dan dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Saya belum pasti kecederaan yang dialami suami, namun kecederaan tangan kanannya terutama bahu dilihat seperti serius,” katanya.

Dua cedera kereta dihempap pokok tumbang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button