Pekerja bar bakar isteri didakwa membunuh

Pekerja bar bakar isteri didakwa membunuh

Pekerja bar bakar isteri didakwa membunuh
Gabriel didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung atas pertuduhan membunuh isteri. – Foto NSTP/Muhamad Lokman Khairi

MANJUNG: Seorang pengawal sebuah bar di pekan Lumut, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung dekat sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya minggu lalu.

S Gabriel, 28, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian E Komati, 33, di alamat No. 51, Ladang Walbrook, Sitiawan di sini jam antara 6.30 petang hingga 7 malam pada 10 Julai lalu.

Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T Kavita. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.



Gabriel didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rishan Kumar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan




Mahkamah kemudian menetapkan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan 18 September depan bagi sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret berasingan, Gabriel dituduh dengan sengaja memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya bertempat di Balai Polis Pantai Remis pada 6.40 petang 12 Julai lalu.

Tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rishan Kumar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tiada jaminan diberikan dan 25 Oktober depan bagi sebutan semula kes dan serahan laporan patologi di Mahkamah Majistret Pantai Remis.

Polis menahan Gabriel pada 11 Julai lalu selepas disyaki bertindak kejam membakar isterinya akibat berang dituduh menagih dadah.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.



Pekerja bar bakar isteri didakwa membunuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading