Budak 9 tahun lemas di Pulau Banding

Budak 9 tahun lemas di Pulau Banding

Budak 9 tahun lemas di Pulau Banding
Foto hiasan.

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun lemas di Jeti Mat Shah, Pulau Banding, Gerik, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata sepasukan polis dari Balai Polis Bersia bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berkaitan insiden itu kira-kira jam 8.20 malam.

Beliau berkata, siasatan awal membabitkan pemeriksaan luaran badan mangsa serta di sekitar tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah.



Menurut bapa mangsa yang berusia 40 tahun yang juga pekerja di Pulau Banding, katanya, kira-kira jam 6 petang semalam anaknya itu bermain air bersama rakan di tempat letak bot di kawasan.

“Mangsa disedari hilang jam 6.30 petang dan beliau berusaha mencari bersama rakan-rakannya.

“Lebih kurang jam 6.50 petang, anaknya ditemui di tepi pulau, belakang bot berhampiran Rumah Bot Mat Shah dalam keadaan lemas di dasar pulau pada kedalaman lebih kurang 1.82 meter dan terus menghubungi pihak Hospital Gerik,” katanya.

Mayat diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian, katanya – BERNAMA



Budak 9 tahun lemas di Pulau Banding

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button