Anadolu, Erdogan mendahului kiraan undi

ANKARA: Turkiye berkemungkinan perlu melaksanakan pilihan raya penentu bagi memilih presiden selepas calon bertanding merebut jawatan presiden gagal melepasi nilai ambang bagi menentukan kemenangan pada pilihan raya umum, semalam.

Calon yang bertanding merebut jawatan presiden ialah penyandangnya, Tayyip Erdogan, menentang pencabar utamanya, Kemal Kilicdaroglu serta Sinan Ogan dengan Muharrem Ince menarik diri, Khamis lalu.

Berdasarkan agensi berita milik kerajaan Anadolu, Erdogan mendahului kiraan undi dengan 49.86 peratus, diikuti Kilicdaroglu (44.38 peratus), walaupun hampir 91 peratus peti undi sudah dikira.



Kedua-dua pihak mendakwa mendahului dan saling mempertikai jumlah undi selepas hampir 91 peratus peti undi dikira, selain memberi amaran bagi sebarang kesimpulan awal.

Tinjauan pendapat sebelum pilihan raya menunjukkan saingan sengit namun memberi kelebihan kepada Kilicdaroglu, yang mengetuai perikatan enam parti.

Dua tinjauan pada Jumaat lalu, pula menunjukkan beliau mampu meraih undian melebihi nilai ambang 50 peratus.

Undian presiden bukan hanya menentukan pihak yang menerajui Turkiye tetapi bakal memuktamadkan sama ada negara dengan populasi 85 juta itu akan menjadi lebih sekular dan demokrasi.



Pihak sama juga akan menentukan kaedah menangani krisis kos sara hidup yang teruk, selain mengurus hubungan penting dengan Russia, Barat dan Asia Barat.

Pihak pembangkang mendakwa keputusan diterbitkan bagi meningkatkan jumlah undian terhadap Erdogan.

Semalam, media melaporkan tinjauan pendapat memberi sedikit kelebihan kepada pencabar utama Erdogan, Kemal Kilicdaroglu, yang mengetuai pakatan enam parti pembangkang, tetapi pilihan raya penentu akan diadakan pada 28 Mei ini, jika salah seorang gagal mendapat lebih 50 peratus undi.

Lebih 64.1 juta pengundi berdaftar, termasuk lebih 1.76 juta pengundi luar dan 4.9 juta pemilih pertama kali, manakala sebanyak 191,885 kertas undi disediakan bagi proses itu di seluruh negara.



Setiap pemilih akan mengundi dua undi, masing-masing satu untuk presiden serta Ahli Parlimen, yang kedua-duanya akan berkhidmat selama lima tahun.

Pengundi akan memilih antara Erdogan serta calon pembangkang utama Kemal Kilicdaroglu dan Sinan Ogan. Lebih 30 parti politik dan lebih 150 calon parlimen bebas bertanding pada pilihan raya membabitkan lima blok berbilang gabungan iaitu, Perikatan Rakyat; Perikatan Kebangsaan; Perikatan Pewarisan, Perikatan Buruh dan Kebebasan serta Perikatan Kesatuan Sosialis.

REUTERS




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading