Apa itu varian Covid-19 terbaharu – Pirola?

Apa itu varian Covid-19 terbaharu – Pirola?

Apa itu varian Covid-19 terbaharu - Pirola?
ORANG ramai melalui Tembok Memorial Kebangsaan Covid di tebing Sungai Thames, London. Tembok itu bagi memperingati mereka yang maut akibat virus itu. FOTO AFP

Washington: Pegawai kesihatan di Amerika Syarikat (AS) memantau dengan teliti varian Covid-19, BA.2.86 yang digelar sebagai Pirola, sejak ia pertama kali dilaporkan Ogos lalu, lapor portal TODAY.com.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, varian itu meningkat secara perlahan di AS dan kini menyertai HV.1 dan EG.5 sebagai salah satu varian Covid-19 yang paling lazim di AS.

Pirola pada mulanya menjadi tajuk utama pada musim panas ini apabila mula dikesan di AS. Ia kerana perbezaan genetik yang membezakannya daripada versi Covid-19 sebelumnya, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.



Varian BA.2.86 ini menyaksikan lebih daripada 30 mutasi berbanding varian Omicron XBB.1.5, yang juga varian dominan untuk sebahagian besar kes Covid-19 pada 2023.

Bulan lalu, BA.2.86 hampir tidak membentuk satu peratus daripada kes Covid-19 di AS. Tetapi sejak awal November, ia mendorong kepada peningkatan kadar kes jangkitan virus itu.

Apa itu BA.2.86 atau Pirola?

BA.2.86 yang digelar Pirola di media sosial, mula dikesan pada Ogos di Israel dan Denmark. Ia berasal daripada subketurunan Omicron (BA.2), yang menyebabkan lonjakan kes Covid-19 pada awal 2022, kata Andrew Pekosz, pakar virologi di Universiti Johns Hopkins, kepada TODAY.com.

Data awal menunjukkan BA.2.86 mempunyai 34 lebih banyak mutasi dalam protein pepaku berbanding BA.2, yang mendorong lonjakan kes Covid-19 pada 2022, dan tambahan 36 lebih banyak mutasi daripada Omicron XBB.1.5, yang menular pantas di AS pada awal 2023, menurut kepada kertas kerja disiarkan menerusi jurnal perubatan berimpak tinggi, The BMJ.



Pada masa ini, tidak mungkin untuk mengetahui sama ada jangkitan dengan BA.2.86 menghasilkan gejala berbeza daripada varian lain, menurut CDC. “Jumlah kes terlalu kecil,” kata Pekosz.

Dalam penilaian risiko BA.2.86, CDC berkata: “Tiada bukti bahawa varian ini menyebabkan penyakit yang lebih teruk, tetapi seperti mana-mana varian Covid-19, ini boleh berubah berdasarkan data tambahan.”

Gejala biasa varian dan subvarian Covid-19 yang lain termasuk, batuk, sakit tekak, hidung berair, bersin, keletihan, sakit kepala, sakit otot dan perubahan pada deria bau.

Berdasarkan apa yang diketahui CDC sekarang mengenai BA.2.86, ujian dan ubat sedia ada yang digunakan untuk merawat Covid-19 “nampaknya berkesan dengan varian ini,” kata agensi itu.



Di manakah BA.2.86 menular?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pertama kali mengklasifikasikan BA.2.86 sebagai ‘varian dalam pemantauan’ pada 17 Ogos. Sejak itu, varian BA.2.86 dikaitkan dengan lebih 6,300 kes di 47 negara.

Adakah BA.2.86 lebih mudah ditularkan?

Buat masa ini, masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada BA.2.86 lebih mudah ditularkan daripada varian lain, kata Pekosz.



“Adalah mustahil untuk mengukur apa-apa kebolehjangkitan atau keterukan penyakit daripada itu (sebilangan kecil kes),” tambahnya.

 

Apa itu varian Covid-19 terbaharu – Pirola?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button