83 warga Thailand, 3 rakyat Malaysia terkandas di Myanmar diterbangkan ke Bangkok

83 warga Thailand, 3 rakyat Malaysia terkandas di Myanmar diterbangkan ke Bangkok

83 warga Thailand, 3 rakyat Malaysia terkandas di Myanmar diterbangkan ke Bangkok
FOTO HIASAN

Bangkok: Sekumpulan 83 warga Thailand dan tiga rakyat Malaysia yang terkandas di Laukkaing, utara Myanmar, berikutan pergolakan di wilayah itu akan diterbangkan ke Bangkok, hari ini.

Kementerian Luar Thailand berkata Kedutaan Diraja Thailand (RTE) di Yangon yang menyelaras dengan agensi-agensi berkaitan dan negara-negara jiran berjaya membantu kumpulan itu meninggalkan Laukkaing.

“Kumpulan itu kini selamat berlepas dari Myanmar dan akan diterbangkan ke Thailand dengan penerbangan sewa Thai Lion Air dan dijangka tiba pada 1.40 pagi (waktu tempatan) pada Isnin.



“Polis akan memudahkan prosedur kemasukan mereka dan memulakan saringan pemerdagangan orang melalui Mekanisme Rujukan Kebangsaan (NRM) serta untuk rekod jenayah,” menurut Kementerian Luar Thailand dalam satu kenyataan.

Bernama difahamkan terdapat tiga rakyat Malaysia dalam kumpulan itu yang akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?




Berikutan pertempuran sengit antara tentera junta dan kumpulan bersenjata etnik di Myanmar, Thailand memindahkan lebih 200 warga Thailand dari Laukkaing.

Pada 1 Disember, seramai 121 rakyat Malaysia berumur antara 20-an dan 50-an, kebanyakannya mangsa penipuan pekerjaan yang terkandas di Laukkaing dipindahkan dan dibawa pulang.

Mereka termasuk seorang warga Indonesia diterbangkan ke Malaysia melalui penerbangan khas AirAsia dari Kunming, China.

83 warga Thailand, 3 rakyat Malaysia terkandas di Myanmar diterbangkan ke Bangkok

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading