Bawa pulang Jho Low – Azalina

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai usaha dan rundingan menerusi saluran diplomatik bagi mempercepat proses membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali Jho Low.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuat Notis Merah Interpol terhadap Jho Low sejak 2018.

Katanya, Jho Low dituduh secara ‘in absentia’ dengan satu pertuduhan di bawah subseksyen 28(1)(c) dan dibaca bersama Seksyen 23 Akta SPRM 2009 pada 9 Februari 2020.



Dia turut berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 pada 29 Jun 2019.

“SPRM sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa luar negara bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan Jho Low,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Pada 12 Mei lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, memaklumkan, siasatan polus terhadap Jho Low yang terbabit dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) masih berjalan.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button