Doktor Sri Lanka keluarkan batu karang terbesar di dunia

Doktor Sri Lanka keluarkan batu karang terbesar di dunia

Doktor Sri Lanka keluarkan batu karang terbesar di dunia
Kakitangan perubatan Hospital Tentera Sri Lanka mengukur batu karang yang dikeluarkan dari badan pesara tentera, Canistus Coonge. – Foto AFP

COLOMBO: Doktor tentera Sri Lanka berhasil mengeluarkan apa yang kini direkodkan sebagai batu karang terbesar di dunia daripada seorang pesara tentera berusia 62 tahun, kata tentera hari ini.

Menurut tentera, batu karang yang dikeluarkan daripada bekas sarjan, Canistus Coonge, seberat 801 gram adalah lebih lima kali ganda berat berbanding buah pinggang lelaki biasa.

Batu karang Coonge berukuran 13.37 sentimeter (sm) panjang, berbanding dengan purata panjang buah pinggang antara 10 hingga 12sm.



“Pembuangan batu karang terbesar dan terberat di dunia melalui pembedahan besar berlaku pada 1 Jun di Hospital Tentera Colombo,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Sementara itu, dalam temubual dengan stesen televisyen tempatan, Swarnavahini, Coonge memaklumkan dia mengalami sakit perut sejak 2020 dan ubat oral yang diambilnya sebelum ini tidak membantu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS




“Saya diberitahu perlu menjalani pembedahan selepas imbasan baru-baru ini dan saya rasa normal sekarang,” katanya.

Kes dari Sri Lanka itu mengatasi rekod buah pinggang terbesar sebelum ini iaitu 620 gram daripada seorang pesakit di Pakistan pada 2008, menurut Guinness World Records.

Penemuan terbaru di Sri Lanka itu disahkan pada hari ini selepas Guinness World Records mengiktirafnya.

“Perkara paling penting bagi kami ialah buah pinggangnya berfungsi secara normal walaupun terdapat batu karang,” kata pakar bedah tentera, K Sutharshan.



Batu karang adalah mendapan mineral dan garam yang mengakibatkan kristal terbentuk dalam buah pinggang apabila ia menapis darah.

Dengan adanya batu itu boleh menyebabkan kesakitan yang luar biasa ketika membuang air kecil, memerlukan pembedahan jika ia terlalu besar dan tersekat. – AFP

Doktor Sri Lanka keluarkan batu karang terbesar di dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading