Tekad Josue julang Harimau Malaya

Tekad Josue julang Harimau Malaya

Tekad Josue julang Harimau Malaya
Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue mahu membantu skuad Kim Pan Gon mengatasi Papua New Guinea pada aksi persahabatan antarabangsa di Kuala Terengganu, Selasa ini. – Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Selepas meledak gol sulung antarabangsa bersama Harimau Malaya Rabu lalu, penyerang naturalisasi Paulo Josue berazam untuk terus memburu gol apabila berdepan Papua New Guinea pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Selasa ini.

Tegas penggempur baharu skuad Harimau Malaya itu, gol antarabangsa pertamanya itu begitu berharga selain ia memberikan keyakinan kepadanya untuk terus berusaha lebih gigih.

Tonggak Kuala Lumpur City itu berkata, kerjasama sepasukan selain usaha tanpa mengenal erti penat lelah menjadi kunci kejayaan pasukannya berdepan Kepulauan Solomon yang menghuni ranking lebih baik di tangga ke-134 dunia berbanding Malaysia di kedudukan ke-138.



Bagaimanapun pemain kelahiran Brazil berusia 34 tahun itu yang sudah membuat tiga penampilan bersama skuad kebangsaan berkata, siapa yang menjaringkan gol tidak begitu penting kerana kemenangan pasukan menjadi keutamaan.

Pada aksi menentang Kepulauan Solomon Rabu lalu, arkitek KL City itu membalas kepercayaan pengendali Kim Pan Gon apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-40 sebelum mencipta kemenangan 4-1.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Lebih menarik, pemain yang sudah membuat 115 penampilan selain 41 gol selepas tujuh musim bersama KL City ditugaskan sebagai penyerang bersama dua bintang tempatan, Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi selepas penyerang Shahrel Fikri Fauzi mengalami kecederaan.

“Saya begitu gembira dan bangga selepas terpilih menjadi sebahagian daripada skuad Harimau Malaya selepas sebelum ini beraksi menentang Turkmenistan dan Hong Kong.



“Lebih membanggakan kerana saya berjaya menjaringkan gol pertama dalam karier antarabangsa bersama skuad kebangsaan. Pengalaman ini sudah tentu tidak akan saya lupakan walaupun saya akui banyak peluang disia-siakan.

“Ini mungkin disebabkan di peringkat kelab saya beraksi di bahagian tengah bukan penyerang, tapi saya tidak kisah dan gembira kerana diletakkan sebagai penyerang lebih-lebih lagi persefahaman kami ketika beraksi kian serasi.”

Josue berpeluang menambah koleksi jaringannya jika Pan Gon menurunkannya bagi aksi berdepan Papua New Guinea, Selasa ini.

Tekad Josue julang Harimau Malaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading