Doktor rugi RM100,000 angkara ‘Phone Scam’

Doktor rugi RM100,000 angkara ‘Phone Scam’

Doktor rugi RM100,000 angkara 'Phone Scam'

KUANTAN: Seorang doktor wanita kerugian RM100,000 selepas terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, mangsa berusia 28 tahun dari Temerloh menerima panggilan daripada suspek, kelmarin.



Katanya, suspek menyamar sebagai pegawai LHDN dengan memaklumkan mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram sebelum panggilan mangsa disambungkan kepada pegawai polis yang mengesahkan mangsa mempunyai rekod orang yang dikehendaki dan perlu disenaraihitamkan.

“Mangsa yang panik kemudian mengikuti arahan suspek dengan membuka akaun baharu dan memberikan nombor kad mesin juruwang automatik (ATM) dan nombor pin kepada suspek.

“Mangsa diminta memindahkan sejumlah RM100,000 ke akaun baharu bagi tujuan pembayaran pelepasan daripada senarai orang yang dikehendaki polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yahaya berkata, mangsa juga diminta mengambil gambar secara swafoto dan menghantar kepada suspek setiap dua jam.



Katanya, siasatan mendapati sumber kewangan terbabit adalah hasil wang simpanan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Doktor rugi RM100,000 angkara ‘Phone Scam’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang



DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button