Skuad B-17 pulang awal dari Piala Asia

Skuad B-17 pulang awal dari Piala Asia

Skuad B-17 pulang awal dari Piala Asia
Antara aksi skuad Bawah 17 tahun (B-17) negara berdepan Thailand pada perlawanan Piala Asia B-17 di Stadium Pathum Thani, sebentar tadi. Foto FAM

KUALA LUMPUR: Impian skuad Bawah 17 tahun (B-17) untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala Asia B-17 berkecai selepas tewas 3-0 di tangan Thailand pada aksi kedua peringkat kumpulan A, sebentar tadi.

Kekalahan kedua berturut-turut itu menyaksikan skuad bimbingan Osmera Omaro terpaksa melupakan impian untuk melangkah ke suku akhir Piala Asia B-17 selepas gagal mengutip sebarang mata daripada dua perlawanan.

Keputusan terbabit turut menyaksikan hasrat mereka untuk mencari slot ke Piala Dunia B-17 juga tidak kesampaian memandangkan hanya empat pasukan terbaik di Piala Asia akan bersaing di peringkat tertinggi itu.



Pada aksi di Stadium Pathum Thani itu, Thailand menghantar amaran seawal minit kelima menerusi percubaan jarak jauh Pacharaphol Lekkun sebelum percubaan Raja Norfirdaus Raja M Nor dihalang pertahanan Thailand seminit berselang.

Larian solo Surachai Booncharee pada minit ke-13 nyaris membuahkan gol pertama buat Thailand, mujurlah berjaya ditutup sebelum Muhammad Farish Farhan menepis keluar sepakan percuma Jirapong Pungviravong (m16).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?




Tiada percubaan yang benar benar menguji gawang Thailand berjaya dilancarkan Malaysia sehinggalah pada minit ke-24 menerusi rembatan Muhammad Nabil Fitri yang diselamatkan Tissanu Khuptanavin.

Ketika kedudukan tanpa jaringan dilihat kekal menuju ke masa rehat, Malaysia tersentak apabila ‘bocor’ menerusi penyudah Lekkun di penghujung babak pertama.

Thailand hanya memerlukan lapan minit selepas rehat untuk menambah gol kedua menerusi jaringan Chanasorn Choklap yang terus meletakkan Malaysia berada dalam situasi sukar untuk mencetus kebangkitan.

Kebangkitan yang diharapkan terpadam dengan gol ketiga yang dijaringkan Chanothai Kongmeng pada minit ke-78 untuk Thailand menjarakkan kedudukan 3-0.



Skuad B-17 pulang awal dari Piala Asia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading