Rompak 2 kedai serbaneka, penghantar makanan dipenjara 40 bulan, 2 sebatan

Rompak 2 kedai serbaneka, penghantar makanan dipenjara 40 bulan, 2 sebatan

Rompak 2 kedai serbaneka, penghantar makanan dipenjara 40 bulan, 2 sebatan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan hari ini dihukum penjara 40 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana merompak juruwang di dua kedai serbaneka dengan bersenjatakan sebilah parang.

Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Syahir Muhammad Jali, 32, mengaku merompak R Dhanaletchmi, 44, dan M Jegatiswaran, 25, masing-masing di Jalan Sultan Azlan Shah Sentul dan Taman Melati Utama, Wangsa Maju antara jam 4 pagi hingga jam 5.35 pagi pada 8 dan 9 April lalu.

Antara barang dirompak ialah pelbagai jenis rokok, makanan dan minuman yang keseluruhan bernilai RM6,017.96 serta wang tunai RM150.75.



Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara 14 tahun dan boleh didenda atau sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira jenayah rompak semakin berleluasa di negara ini, namun Muhammad Syahir yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan kerana menanggung ibu bapanya yang uzur. – BERNAMA

Rompak 2 kedai serbaneka, penghantar makanan dipenjara 40 bulan, 2 sebatan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading