Syamsul kongsi foto anak menangis tapi netizen pula fokus wanita bersama Sumayyah

Tu gelang Puteri Sarah

Syamsul kongsi foto anak menangis tapi netizen pula fokus wanita bersama Sumayyah

Syamsul kongsi foto anak menangis tapi netizen pula fokus wanita bersama Sumayyah
Netizen tumpang gembira lihat hubungan baik Syamsul dan Puteri Sarah.

PERKONGSIAN pengarah Syamsul Yusof yang memuat naik foto anak perempuannya iaitu Sumayyah yang dilihat menitiskan air mata meraih perhatian netizen.

“Ayah garang sebab sayang,” kata Syamsul menerusi Instagram.

 



Syamsul kongsi foto anak menangis tapi netizen pula fokus wanita bersama Sumayyah
Gelang tangan emas di foto jadi bualan netizen.

Namun lain pula yang menjadi perhatian apabila netizen memerhati gelang pada tangan wanita yang memegang Sumayyah dalam gambar berkenaan.

Menerusi aplikasi TikTok, foto tersebut dimuat naik semula dan ramai memberikan pendapat itu merupakan tangan pelakon Puteri Sarah Liyana.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah




Justeru itu, rata-ratanya meluahkan rasa gembira melihat hubungan Syamsul dan Sarah kini lebih baik berbanding sebelum ini.

“Tadi tengok Puteri Sarah buat live, sah-sah itu memang gelang dia.

“Masa buat live tadi Puteri Sarah ada kata nak hubungi ayah (Syamsul) biar marah Syaikul dan Sumayyah sebab nakal sangat.

“Permulaan hubungan yang lebih baik, lagi pun dia orang dalam eddah lagi kan,” antara komen netizen.



 

Syamsul kongsi foto anak menangis tapi netizen pula fokus wanita bersama Sumayyah
Netizen anggap itu gelang tangan Puteri Sarah.

Pada 14 Jun lalu, Syamsul melafazakan talak di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

GERAKAN hanya ‘pencacai’ PN di N.Sembilan




Susulan itu, mahkamah memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan penceraian mereka.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

 

Syamsul kongsi foto anak menangis tapi netizen pula fokus wanita bersama Sumayyah
Sarah dan Syamsul bercerai 14 Jun lalu.

Kemelut rumah tangga pasangan itu berlarutan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu selepas akters berkenaan memfailkan permohonan bercerai secara baik pada pertengahan Januari 2023.



Tindakan itu dibuat selepas Syamsul mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan aktres Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi pada 6 Januari 2023.

Syamsul kongsi foto anak menangis tapi netizen pula fokus wanita bersama Sumayyah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button