Dua lelaki ditemui lemas kejadian berasingan di Kulim

Dua lelaki ditemui lemas kejadian berasingan di Kulim

Dua lelaki ditemui lemas kejadian berasingan di Kulim
Mayat lelaki yang ditemukan lemas ketika mandi di Pusat Rekreasi Air Puteh, Junjong. Foto ihsan pembaca

KULIM: Niat murni seorang lelaki untuk menyelamatkan rakannya yang tergelincir ketika sedang mandi di pusat peranginan Sungai Sedim, Sungai Kob berakhir tragedi apabila dia ditemukan lemas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata mangsa yang beralamat di Taman Mutiara, Karangan itu dikatakan sedang mandi bersama tiga rakannya di air terjun berkenaan.

Beliau berkata, kaunter aduan Balai Polis Sungai Kob menerima panggilan pada jam 2.20 petang daripada orang awam memaklumkan mengenai seorang lelaki ditemui lemas.



Katanya, mangsa bersama tiga rakannya pergi ke Pusat Rekreasi Lata Sungai Sedim, Sungai Kob kira-kira jam 12 tengah hari untuk mandi.

“Setibanya di sana, mangsa bersama rakan-rakan mendapati ramai orang sedang mandi di kawasan itu menyebabkan mereka kemudian pergi mandi di kawasan sungai Lubuk Buluh Lata Sedim dan kawasan itu mempunyai arus yang sangat deras.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




“Ketika mandi di situ, seorang rakan mangsa tergelincir dan mangsa cuba menyelamatkan rakannya tetapi mangsa dibawa arus deras,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, orang ramai di situ turut membantu menyelamatkan mangsa sebelum mangsa ditemui tenggelam ke dasar sungai dan dinaikkan ke atas permukaan tetapi didapati sudah meninggal dunia.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berusia 24 tahun ditemukan lemas ketika mandi di Pusat Rekreasi Air Puteh, Junjong, di sini hari ini.

Mohd Redzuan berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima panggilan MERS 999 daripada pengadu yang memaklumkan rakannya mati lemas.



Beliau berkata, mangsa dikatakan pergi ke pusat peranginan itu bersama rakannya kira-kira jam 2 petang.

“Pemeriksaan mayat di tempat kejadian dapati tiada sebarang kecederaan dan tiada sebarang unsur jenayah dapat dikaitkan dengan kematian mangsa.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim bagi tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Dua lelaki ditemui lemas kejadian berasingan di Kulim


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Meroyan Lagi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button