Liverpool tak jadi buru Thuram
Liverpool tak jadi buru Thuram
LONDON: Liverpool dilaporkan menamatkan minat mereka terhadap pemain tengah Nice, Khephren Thuram selepas mengikat Dominik Szoboszlai dengan harga £60 juta (RM354 juta).
Pengurus Jurgen Klopp berusaha merombak jentera tengah The Reds selepas musim yang buruk dan sudah membawa masuk Szoboszlai serta Alexis Mac Allister yang dibeli dengan harga £52 juta (RM306 juta) dari Brighton.
Sebelum ini mereka menyatakan minat terhadap Thuram, adik penyerang Inter Milan Marcus, ketika Liverpool melihat pilihan dengan bajet berpatutan di Eropah, namun kelab itu kini mengalihkan tumpuan terhadap pemain lain, menurut pakar perpindahan David Lynch.
Difahamkan kelab Merseyside itu mahu mendapatkan khidmat seorang lagi pemain tengah pada musim panas ini, sekalipun jelas ia bukannya Thuram, yang turut menjadi sasaran Bayern Munich.
Liverpool dilaporkan berjumpa keluarga dan wakil pemain itu sebelum ini untuk berbincang membawanya ke Anfield sebelum menamatkan usaha mereka.
Dijangkakan mereka akan cuba melengkapkan perjanjian susulan berakhirnya cabaran Perancis pada Kejohanan B-21 Eropah, namun kini dilaporkan mengalih tumpuan kepada pemain tengah Southampton, Romeo Lavia.
Isnin lalu, Liverpool dilaporkan bersedia untuk membuat tawaran terhadap Lavia yang pernah mempunyai kontrak dengan Manchester City.
City mempunyai pilihan untuk membeli semula pemain Belgium itu tetapi tidak sebelum musim panas akan datang.
Southampton, yang tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan, dikatakan meletak tanda harga £50 juta (RM295 juta) terhadap pemain berusia 19 tahun itu sekali gus menyaksikan Liverpool berbelanja lebih £120 juta (RM708 juta) sekiranya mereka mendapatkan tandatangannya.
Lavia melakukan 29 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, menjaringkan satu gol ketika The Saints mengalami kemerosotan dan tersungkur ke liga bawahan. – AGENSI
Liverpool tak jadi buru Thuram
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN Di Jangka Akan Kehilangan Kedah Dan Terengganu Dalam PRN
- Bila Dr Akmal Mahu Minta Maaf?
- Sanusi Ugut Pulau PRN Kalau Tidak Jadi ‘Poster Boy’ PRN Kedah
- “RM114 juta bukan duit saya tapi duit UMNO” – Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mahathir tidak bertanding PRN tapi parti proksi yang tanding.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan PPBM Mempolitikkan Insiden Di KLIA
- UMNO gelap atau terang bukan lagi urusan Khairy .
- Mahathir paling tidak layak bicara tentang undang undang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Akmal Mesti Berhenti Keluar Kenyataan Sembrono
- Fakta VS Auta Isu Menteri MOTAC VS Jabatan Imigresen Malaysia
- Di Mana Etika Kewartawanan Petugas Media Di Media Arus Perdana?
Mahathir tidak bertanding PRN tapi parti proksi yang tanding.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN dan PH diramal sukar raih sokongan Melayu Di Enam PRN jika Najib tidak dibebaskan
- Orang Kedah bersalawat sambil hasil bumi dikorek dan dicuri
Mahathir tidak bertanding PRN tapi parti proksi yang tanding.