Rakan serumah naik rimas, netizen cadang rancang tangkap basah!
Masa belajar dah pandai bawa balik jantan, siap tidur sebilik...
Rakan serumah naik rimas, netizen cadang rancang tangkap basah!

SUDAH menjadi kelaziman bagi golongan pelajar ataupun mereka yang masih bujang menyewa sebuah rumah beramai-ramai untuk menjimatkan kos.
Bagaimanapun tinggal serumah dengan rakan-rakan sudah pasti ada pro dan kontranya.
Daripada sudut positif, kadar sewaan bagi setiap orang akan rendah kerana dibahagikan mengikut bilangan penghuni.
Dalam satu perkongsian oleh seorang gadis di media sosial, dia meluahkan rasa kurang senang dengan sikap salah seorang rakan serumahnya yang gemar membawa pulang teman lelaki.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terkini , Antony Loke tibai Mahathir -“DAP tidak akan sentuh dan persoal kedudukan Islam”
- Tajuk berita “kemenangan pekebun durian Musang King” tidak beretika

“Kami gadis, tinggal rumah sewa dekat kondominium sekitar Kuala Lumpur. Seorang housemate ni selalu sangat bawa boyfriend masuk rumah.
“Kadang-kadang, malam pukul 11 tengah buat assignment, dia datang cakap ‘boyfriend aku nak masuk rumah kejap tau’.
“Kemudian kami pula yang kena angkat barang masuk dalam bilik buat kerja,” luahnya.
Lebih membuatkan gadis ini dan penghuni serumah lain kurang selesa, rakannya itu tidak segan silu ‘menumpangkan’ kekasihnya untuk bermalam di rumah sewaan mereka.
Bukan sahaja mengganggu privasi, namun gadis ini kesal kerana rakannya itu seolah-olah tidak menghormati batas aurat penghuni lain apabila membawa seseorang yang bukan mahram masuk ke rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelanggang Sudah Di Buka, Sudahkah PH/BN Bersedia?
- Muhyiddin Menghadap Mahathir Atas ‘Arahan’ PAS
- Apabila tersepit, Mahathir sanggup jilat Kluster Mahkamah Parti BERSATU
Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN
“Selalunya kekasihnya memang tidur dalam bilik dengan dia, pagi esok baru keluar rumah balik. Satu hari ni, saya bangun pagi nak mandi.
“Keluar je dari bilik, dengar suara dia dengan kekasih tengah borak-borak kat dapur. Lepas itu tahu pula gelabah konon nak ‘lindungi’ aurat saya.
“Dia memang langsung tak kisah pasal privacy dan aurat kami, asalkan boyfriend dia dapat masuk rumah. Bayangkan bayar sewa mahal tapi kena kongsi rumah dengan lelaki stranger. Bodoh,” luahnya lagi.
Tengok balik agreement, biasanya ada mention tak boleh buat perkara sedemikian. Jika langgar agreement, dia kena kick keluar.
NETIZEN
Bukan tidak pernah bersuara atau menasihatkan rakan serumahnya itu, namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.
“Kami students dan tak tahu sangat kalau ada kes-kes macam ni. Please suggest macam mana nak report atau buat sesuatu,” ujarnya meminta pandangan warga maya.
Luahan tersebut dikongsikan menerusi akaun Twitter @ibjela dan sehingga kini meraih lebih 2,000 ulang kicau.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap nasib gadis tersebut dengan rakan-rakan serumahnya.
Mereka turut tampil dengan pelbagai cadangan untuk membantu gadis berkenaan menyelesaikan masalah tersebut.

“Pakat dengan kawan-kawan, semua keluar rumah kejap, lepas itu telefon pejabat agama cakap ada pasangan berdua-duaan berlainan jantina dekat rumah.
“Beritahu tuan rumah dan tengok balik agreement, biasanya ada mention tak boleh buat perkara sedemikian. Jika langgar agreement, dia kena kick keluar.
“Tukar kunci mangga baru biar dia tak boleh masuk rumah. Barang-barang semua letak luar. Takpun suruh dia keluar cari rumah lain untuk dia berkesedudukan dengan boyfriend dia.
“Anda semua perlukan housemate yang tegas macam Inspektor Shiela,” demikian antara komen netizen.
Rakan serumah naik rimas, netizen cadang rancang tangkap basah!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO
- Demi Survivor UMNO, Penyokong DS Najib Mesti Sokong Kerajaan Perpaduan
- Adakah Sanusi Ada Cita Cita Tinggi Untuk Kepimpinan Tertinggi PAS?