Ali Puteh redah uji bakat bersama Abam, kenang kepayahan bergelar pelawak

Ali Puteh redah uji bakat bersama Abam, kenang kepayahan bergelar pelawak

Ali Puteh redah uji bakat bersama Abam, kenang kepayahan bergelar pelawak
Ali Puteh mengimbau kenangan mencipta nama sebagai pelawak bersama Abam.

PELAWAK Ali Puteh tidak menyangka sudah 13 tahun berlalu ketika dia bersama arwah abangnya iaitu Abam mengambil keputusan melibatkan diri dalam dunia hiburan.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, berkata, daripada anggan sebelum memberanikan diri menyertai uji bakat, mereka akhirnya berjaya merialisasikan impian bergelar pelawak.

“13 tahun berlalu. Pelbagai duri onak di lalui. Bermula dari 2010 hingga kini.



 

Ali Puteh redah uji bakat bersama Abam, kenang kepayahan bergelar pelawak
Ali akan meneruskan impiannya meskipun tanpa Abam di sisi.

Ali berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memuat naik beberapa kejayaan yang diperolehi dalam beberapa pertandingan sebelum ini.

Dalam pada itu, Ali berkata, sepanjang tempoh itu juga pelbagai perkara sudah dilalui sebagai anak seni namun menganggap semua itu sebagai pengajaran bermakna dalam hidup.

Kata Ali lagi, dia tetap akan meneruskan impiannya meskipun Abam tidak lagi berada di sisinya.



“Tapi tu semua tinggal kenangan, pahit manis gelak tawa sedih menangis semua itu pembelajaran.

“Dulu berlayar bahtera, kini mendayung sendirian. Akan ku simpan semua kenangan ni.

“Belajar dan terus belajar. Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. Terus mendayung ke destinasi, sebelum diusung dan tinggal sendiri,” ujarnya.

Untuk rekod, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari 2020.



Ali Puteh redah uji bakat bersama Abam, kenang kepayahan bergelar pelawak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading