Usaha amaran bank berkesan



Usaha amaran bank berkesan

Usaha amaran bank berkesan
GAMBAR HIASAN

EMPAT daripada lima pelanggan berjaya mengelak penipuan kewangan berikutan aktif membaca taktik penipuan yang didedahkan pihak bank.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), usaha amaran kesedaran penipuan oleh bank terbukti berkesan dalam membantu menggagalkan penipuan dan melindungi pelanggan bank.

Tinjauan Persepsi Berkenaan Penipuan Kewangan yang berlangsung mulai Jun hingga Julai 2023 mendapati, hampir 80 peratus responden percaya bahawa penipuan berlaku disebabkan oleh mangsa secara tidak sengaja mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada penipu dan bukan disebabkan oleh sebarang pelanggaran dalam sistem perbankan.



“Malah lebih separuh daripada responden berasa mampu untuk mengurus dan bertindak sekiranya terbabit dalam penipuan kewangan.

“Selain itu, 15 peratus pelanggan lebih bersedia menghadapi penipuan selepas kerap membaca dan memahami makluman kesedaran penipuan bank.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan


“Kira-kira 70 peratus daripada responden pula berpuas hati dengan usaha semasa bank dalam mewujudkan kesedaran mengenai penipuan kewangan,” menurut kajian itu.

Berdasarkan kajian berkenaan, kebanyakan responden berjaya mengenal pasti jenis dan taktik penipuan, dengan purata skor melebihi 60 peratus untuk 11 jenis penipuan.



Ini termasuk modus operandi penipuan popular seperti penipuan melalui telefon dan penipuan perisian hasad.

Sementara itu, Pengerusi ABM Datuk Khairussaleh Ramli berkata, evolusi penipuan memberikan cabaran baharu kepada bank dan pelanggan, kerana penipu mengubah taktik manipulasi.

“Sebagai tindak balas kepada cabaran dinamik ini, bank terus menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk melindungi kesejahteraan kewangan pelanggan kami dengan memperkenalkan langkah keselamatan yang dipertingkatkan secara kerap, di samping melaksanakan kempen kesedaran penipuan nasional untuk mendidik orang ramai,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi


Menurutnya, pihaknya percaya pentingnya mengambil pendekatan serius terhadap pendidikan penipuan agar orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan tidak menganggap bahawa mereka tidak akan menjadi sasaran kerana penipuan tidak memilih umur, jantina atau lokasi mereka.



“Kami tahu daripada tinjauan itu bahawa 63 peratus responden mempunyai pengalaman berdepan penipuan kewangan, sama ada pernah menjadi mangsa atau mengenali seseorang yang menjadi mangsa.

“Bank akan terus melengkapkan pelanggan dengan pengetahuan mengenai penipuan dan memupuk komuniti perbankan yang lebih berdaya tahan dan diperkasakan terhadap penipuan,” katanya.

Tinjauan itu ditauliahkan oleh industri perbankan dan dikendalikan oleh Rakuten Insights, dan disertai oleh lebih 1,200 orang pelanggan bank.

Usaha amaran bank berkesan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker