Keupayaan Tekun urus bayaran balik pinjaman, bantu lebih ramai usahawan
Keupayaan Tekun urus bayaran balik pinjaman, bantu lebih ramai usahawan

Kuala Lumpur: Keupayaan mengurus bayaran balik pinjaman dan kutipan hutang membolehkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) menyalurkan pembiayaan kepada lebih ramai peminjam berbanding peruntukan yang diterima, Dewan Rakyat diberitahu.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata bagi tahun ini sahaja, sehingga 31 Oktober lepas, sebanyak RM922.6 juta atau 42,383 pembiayaan telah diluluskan dengan RM467.2 juta daripdanya adalah pembiayaan pertama kali kepada seramai 26,481 usahawan.
“Untuk makluman, jumlah pembiayaan RM922.6 juta yang disalurkan ini adalah lebih tinggi berbanding peruntukan RM330 juta yang diterima Tekun dalam Belanjawan 2023.
“Pembiayaan melebihi peruntukan ini terhasil melalui keupayaan kita melakukan kutipan balik bayaran pinjaman mengikut jadual, sekali gus membuka peluang kepada usahawan baharu mendapat pembiayaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung usaha yang dilakukan Tekun Nasional dalam mendidik usahawan membayar balik pinjaman bagi membolehkan mereka mendapat pembiayaan seterusnya, termasuklah kepada peminjam baharu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi
- Selepas Serangan Kepada UMNO Gagal, PAS Cuba Serang DAP
- Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?
Tanpa memperincikan jumlah bayaran balik yang dimaksudkan, Ewon berkata Tekun melaksanakan pelbagai kaedah mendapatkan bayaran balik pembiayaan, antaranya mendidik peminjam bahawa bayaran balik yang dibuat mengikut jadual akan membuka peluang kepada usahawan lain mendapat pembiayaan.
“Inilah antara sebab kita berjaya memberi pinjaman kepada usahawan baharu walaupun peruntukan yang diterima lebih rendah berbanding jumlah pembiayaan yang diberikan,” katanya.
Menjawab soalan asal Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berhubung usaha Tekun untuk meningkatkan bilangan usahawan baharu, Ewon berkata kementerian melaksanakan pelbagai skim pembiayaan termasuk Skim Pembiayaan Online Tekun (Spot) kepada 779 usahawan melibatkan pembiayaan berjumlah RM5.9 juta.
Selain itu, katanya seramai 581 usahawan telah dibantu melalui Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (Sput) melibatkan pembiayaan berjumlah RM2.6 juta, manakala 731 usahawan mendapat faedah di bawah Program Tekun Mobilepreneur dengan pembiayaan RM6 juta.
Tekun juga, katanya telah menyertai pameran atau program usahawan yang diadakan kementerian dan agensinya seperti Showcase Satu Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi memberi penjelasan secara langsung mengenai skim-skim pembiayaan Tekun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Dedahkan Muhyiddin Belanja RM500 Juta Hanya Untuk Promosi & Iklan
- Status MP Bukan Lesen Untuk Fitnah
- ‘Perang saudara’ BERSATU, Cytro Peja ‘Takut’ Che’gu Bard
Dalam pada itu, Ewon berkata Tekun turut menyalurkan pembiayaan berjumlah RM8.98 bilion bagi membantu lebih setengah juta usahawan kecil dan sederhana di seluruh negara sejak penubuhannya pada 1998 hingga Oktober lalu.
Keupayaan Tekun urus bayaran balik pinjaman, bantu lebih ramai usahawan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :