JSSEZ pacu potensi hartanah Johor

JSSEZ pacu potensi hartanah Johor

JSSEZ pacu potensi hartanah Johor
Bangunan pencakar langit di tengah pusat Bandaraya Johor Bahru yang pesat membangun. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

PETALING JAYA: Cadangan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) di Iskandar Malaysia dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan aktiviti komersial, sekali gus mendorong peningkatan permintaan hartanah di kawasan tersebut.

Menurut penganalisis Maybank Investment Bank, Wong Wei Sum, penerima manfaat utama pembangunan berpotensi itu termasuk UEM Sunrise (UEMS), Sunway Properties, E&O Properties Sdn. Bhd., Eco World International (ECW) dan AME Elite Consortium Bhd.

“Sementara menunggu butiran lanjut mengenai cadangan itu, kami mengekalkan pendirian neutral terhadap sektor ini dengan saranan beli untuk saham ECW, Sime Darby Property dan SP Setia Berhad,” katanya dalam nota kajian.



Jawatankuasa Bersama Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) telah bersetuju untuk mengkaji penubuhan JSSEZ bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan mengukuhkan kesalinghubungan serta kerjasama ekonomi atas kepentingan bersama kedua-dua negara.

Pasukan petugas khas, yang akan ditubuhkan untuk mengkajii JSSEZ akan melaksanakan Terma Rujukan dan bidang kerjasama secara meluas untuk JSSEZ.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut




JSSEZ akan dibina di atas asas yang ditetapkan oleh pelbagai kumpulan kerja untuk memacu pertumbuhan yang mampan, membangunkan modal insan dan menambah baik infrastruktur dan ketersambungan.

Pasukan petugas khas itu akan diketuai oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dari Singapura dan Kementerian Ekonomi dari Malaysia dengan sokongan daripada agensi kerajaan yang berkaitan dari kedua-dua negara.

Wei Sum berkata, pihaknya positif dengan perkembangan terbaru ini, yang dijangka akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui pelaburan dari Singapura.

“Ini berkemungkinan memacu permintaan untuk kedua-dua hartanah kediaman dan komersial
kerana penduduk yang lebih tinggi akan memerlukan perumahan.



“Selain itu, ia boleh membantu mengurangkan stok pemaju yang tidak terjual terutamanya di segmen kediaman bertingkat,” katanya.

Tambah beliau, penerima utama ialah UEMS sebanyak 70 peratus daripada nilai pembangunan kasar (GDV) selebihnya berada di Johor.

“Penerima manfaat lain ialah Sunway, ECW, AME Elite dan E&O,” ujarnya. – UTUSAN

JSSEZ pacu potensi hartanah Johor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button