Polis tahan 3 suspek kes pukul di persimpangan lampu isyarat

Polis tahan 3 suspek kes pukul di persimpangan lampu isyarat

Polis tahan 3 suspek kes pukul di persimpangan lampu isyarat
Tangkap layar video tular seorang lelaki dipukul tepi jalan di persimpangan lampu isyarat, Jalan Langat-Klang.

KLANG: Polis sudah menahan tiga suspek yang disyaki terbabit kes pukul tepi jalan di persimpangan lampu isyarat, Jalan Langat-Klang di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tangkapan dilakukan oleh pasukan D7 daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan bermula 6.30 petang semalam.

“Polis menahan tiga suspek warga tempatan yang berumur antara 28 hingga 39 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta.



“Semakan terhadap semua suspek mendapati, mereka mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap semua suspek mendapati, suspek utama yang berumur 39 tahun positif methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Klang Selatan turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, permohonan tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dimohon di Mahkamah Majistret Klang, hari ini.



Semalam, Hoong Fong dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa, seorang warga tempatan berusia 21 tahun mendakwa ditahan oleh sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki.

Beliau berkata, mangsa melaporkan seorang daripada lelaki berkenaan bertindak memukul dan merosakkan motosikal miliknya.

Polis tahan 3 suspek kes pukul di persimpangan lampu isyarat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa Sebenarnya Yang Najib Mahukan, Pengampunan Atau Keadilan?



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading