Doktor Nato, konon…

Doktor Nato, konon…

Doktor Nato, konon...
POLIS menahan Narathip. FOTO Agensi

Bangkok: Lelaki Thailand sanggup menyamar sebagai doktor tentera Vietnam bagi memperdaya cinta wanita.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Narathip, 31, berasal dari Uttaradit, ditahan di sebuah rumah di daerah Bang Kapi, Bangkok.

Dia didakwa menipu dalam percintaan selepas menghubungi seorang wanita melalui Instagram tetapi mereka tidak pernah bertemu secara langsung.



Lelaki itu menyamar menjadi doktor tentera dari Vietnam yang bekerja dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di luar negara.

Menurut Biro Siasatan Jenayah Siber (CCIB), suspek memperdaya wanita itu secara dalam talian sebelum mangsa jatuh cinta dengannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah




Dia meminjam wang wanita itu kononnya untuk membayar kos untuk berpindah ke Thailand.

Wanita itu kemudian membuat beberapa pemindahan wang berjumlah 60,000 baht (RM7,980) kepada Narathip.

Pada 23 Jun, CCIB mendapati kiriman wang itu direkodkan dalam akaun bank yang sering digunakan oleh sindiket penipuan cinta.

Mereka segera memaklumkan wanita itu sebelum laporan polis dibuat.



Susulan itu, Pesuruhjaya CCIB, Worrawat Watnakhonbancha mengarahkan penyiasat mengumpulkan bukti dan memohon waran untuk penahanan Narathip.

Sebaik waran dikeluarkan, polis menahan lelaki itu atas tuduhan bersubahat untuk menipu seseorang dan memasukkan maklumat palsu ke dalam sistem komputer.

Doktor Nato, konon…


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading