Remaja lelaki hilang di pantai ditemui lemas

Remaja lelaki hilang di pantai ditemui lemas

Remaja lelaki hilang di pantai ditemui lemas
Foto hiasan – Freepik

KUALA PENYU: Remaja lelaki yang hilang ketika mandi di pantai Kampung Tanjung Aru Menumbok, semalam, ditemukan lemas, hari ini.

Mangsa, Haibil Abdo, 17, ditemui terdampar di tepi pantai tidak jauh dari lokasi kejadian oleh orang awam, jam 4.30 petang tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh, berkata waris mangsa sudah membuat pengecaman.



“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 5 petang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa dilaporkan hilang akibat hanyut dibawa arus yang kuat ketika mandi di pantai berkenaan kira-kira jam 6 petang semalam.

Remaja lelaki hilang di pantai ditemui lemas

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading