Tong ikan penyelamat tiga nelayan
Tong ikan penyelamat tiga nelayan

KUCHING: Tiga daripada empat nelayan yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu selepas dua bot karam dekat Miri, ditemui selamat, hari ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Paing, berkata ketiga-tiga nelayan terbabit yang berada di dalam tong ikan dan berpaut pada boya ditemui pekerja pelantar minyak pada jam 10.30 pagi tadi.
Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke pelantar minyak yang terletak 32.5 batu nautika di barat laut Kuala Baram dan menunggu helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk membawa mereka ke darat.
“Difahamkan seorang daripada tiga nelayan yang ditemui selamat itu cedera dan mereka akan dibawa ke Lapangan Terbang Miri untuk rawatan lanjut.
“Mangsa yang berjaya ditemui selamat hari ini ialah Zaidi Nawi 43, Anuar Amin 54 dan Junaidi Jamin 70,” katanya, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menteri Besar Kedah dijangka bertukar selepas PRN
- Mungkinkah Bukan Datuk Liana Yang Kena Tahan?
- Proklamasi Mahathir sekadar fatamorgana dan retorik kosong
Mohd Shafie berkata, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) kini diteruskan bagi mengesan seorang lagi yang masih hilang, Masni Jana, 60 yang menaiki bot bernombor pendaftaran SFS3-4271.
Dalam kejadian Selasa lalu, dua lagi nelayan yang menggunakan bot pendaftaran SFS3-4271 iaitu Muhammad Firdaus Mustaqim Roly, 35 dan Mohamad Azrul Abdullah, 20, berjaya diselamatkan oleh pasukan CARILAMAT berdekatan pelantar minyak iaitu pada jarak 8.6 batu nautika dari Kuala Baram.
Bot nelayan tempatan itu keluar dari jeti nelayan Piasau Utara pada jam 8.30 pagi Selasa lalu.
Mohd Shafie berkata, lapan pesawat udara dan bot digerakkan membabitkan dua aset Maritim Malaysia, satu aset Pasukan Polis Marin, satu aset Unit Udara JBPM, dua bot Bomba, satu aset Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta satu aset Sarawak Coast Guard membabitkan keseluruhan anggota penyelamat seramai 108 orang.
Tong ikan penyelamat tiga nelayan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS
- SPRM: MB Kedah Akan Di Panggil
- PAS Itu Islam Dan Islam Itu PAS, Apakah Benar Begitu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :