Empat kru kapal kargo ditemukan lemas

Empat kru kapal kargo ditemukan lemas

Empat kru kapal kargo ditemukan lemas
MV Tung Sung terbalik berdekatan Pulau Burung di Sebuyau. – Foto MARITIM MALAYSIA

KUCHING: Empat daripada lapan kru MV Tung Sung yang dilaporkan hilang selepas kapal kargo itu karam dan terbalik dekat Pulau Burung, di sini, malam Rabu lalu ditemukan lemas, hari ini.

Semua mayat itu ditemui terapung oleh nelayan kira-kira 15 batu nautika dari Pulau Burung pada hari ketiga operasi pencarian.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus, berkata mayat pertama ditemukan pada jam 1.15 tengah hari, mayat kedua pada jam 1.30 tengah hari, manakala mayat ketiga pada jam 2.30 petang.



Menurutnya, aset Maritim Malaysia, KM Kinabalu dihantar bagi mengesahkan laporan nelayan itu, seterusnya mengambil semua mayat berkenaan.

“Selepas menghantar semua mayat itu ke pangkalan hadapan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di jeti awam Sebuyau, KM Kinabalu kembali ke laut meneruskan pencarian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




“Usaha mereka berjaya menemui satu lagi mayat pada jam 5.20 petang, juga di lokasi berdekatan dengan tiga mayat yang ditemui sebelumnya,” katanya.

Zin Azman berkata, tiga darpada mayat itu sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut, manakala satu lagi mayat dijangka tiba di Kuching malam ini.

“Identiti semua empat mayat terbabit masih belum dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, berikutan penemuan empat mayat hari ini, pihaknya yakin semua kru kapal terbabit lemas di tempat berdekatan.



Katanya, pencarian akan diperluas dengan tumpuan di sekitar kawasan empat mayat ditemui.

“Kita berpendapat mereka lemas ketika berlakunya kapal itu terbalik, selepas tiga hari mayat timbul.

“Pencarian seterusnya akan tertumpu di kawasan berdekatan kerana biasanya mayat tidak akan jauh sebab bergerak arus pasang surut,” katanya.

Dalam kejadian ketika ombak kuat dan angin kencang kira-kira 11 malam Rabu lalu, lapan kru berusia antara 20 hingga 52 tahun hilang dengan daripadanya ialah tiga warga tempatan, iaitu Chieng Siew Ngiek, Wong Hua Wu dan Stimba Chuit.



Empat lagi adalah warga Myanmar iaitu That Min July, Ye Lin Htet, Hla Win Tun, Tun Lin Oo, manakala seorang warga Indonesia, Lido Ali Purwanto.

Empat kru kapal kargo ditemukan lemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading