Babi hutan sesat masuk kedai serbaneka, ditembak mati
Babi hutan sesat masuk kedai serbaneka, ditembak mati
BAYAN LEPAS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pulau Pinang menembak mati seekor babi hutan selepas haiwan itu melulu masuk sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Dato Ismail Hashim di sini, malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Barat Daya Kapten (PA) Salman Rahimi Manaf, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 petang dan lima anggota bergegas ke lokasi.
Katanya, siasatan awal mendapati pekerja lelaki kedai serbaneka berusia 21 tahun, mengalami kecederaan pada bahu kanan ketika cuba menyelamatkan diri dengan berlari keluar, sebaik babi hutan itu masuk ke dalam dari premis berkenaan.
Pelanggan di dalam premis berkenaan turut bergegas keluar menyelamatkan diri.
“Ketika tiba di tempat kejadian, didapati haiwan itu masih berkeliaran dalam premis dan dalam keadaan agresif,” katanya di sini, semalam.
Salman berkata, pihaknya dengan bantuan PERHILITAN terpaksa mengambil keputusan menembak mati haiwan itu.
“Pada mulanya, pihak PERHILITAN mahu menembak menggunakan pelali, namun berikutan ia menjadi agresif babi hutan jantan dianggarkan seberat 80 kilogram itu terpaksa ditembak mati,” katanya.
Difahamkan, babi hutan itu tersesat dan dipercayai mengalami kecederaan berdasarkan kesan darah yang ditemui sekitar kawasan terbabit.
Babi hutan sesat masuk kedai serbaneka, ditembak mati
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Al Fadhil Mahathir Sudah Sepentas Dengan PAS, Sanusi Boleh Ucap Hai Hai Bye Bye Pada Kerusi MB
- Mungkinkah Dr Mahathir Juga Berminat Dengan Hasil REE Kelantan?
- 5 Tawaran BN Dalam PRN 6 Negeri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.