Guru rugi RM89,000 terpadaya pelaburan emas dalam talian

Guru rugi RM89,000 terpadaya pelaburan emas dalam talian

Guru rugi RM89,000 terpadaya pelaburan emas dalam talian
Foto hiasan

SIBU: Seorang guru sekolah swasta di sini, menanggung kerugian RM89,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan emas secara dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pada awal, lelaki berusia awal 30-an itu berkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Jooyee Yap Jia Yuan menerusi satu aplikasi mencari jodoh.

Katanya, suspek kemudian mengajak mangsa untuk membuat pelaburan emas, dengan menjanjikan keuntungan lebih kurang 18 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat.



“Mangsa kemudian diminta memuat turun aplikasi BFMDTRADE dan diberikan penerangan mengenai pelaburan berkenaan sebelum suspek meminta mangsa membuat pembayaran wang pelaburan ke beberapa akaun bank.

“Mangsa telah melakukan 18 transaksi pemindahan wang berjumlah RM89,000 ke 11 akaun bank berlainan antara penghujung April sehingga Mei lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?




“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak menerima apa-apa pulangan daripada pelaburan yang dibuat dan suspek juga gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azman berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada 21 Julai lalu untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak

kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dan juga sebat termasuk denda.



Guru rugi RM89,000 terpadaya pelaburan emas dalam talian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading