Akibat hutang, Hanim jual buah pinggang
Akibat hutang, Hanim jual buah pinggang
Jakarta: Dibebani dengan timbunan hutang menyebabkan Hanim terdesak menjual buah pinggangnya kepada sindiket penyeludupan organ pada 2019, sebelum terjebak dalam sindiket itu.
Hanim berkata, menghubungi pentadbir kumpulan Facebook melalui Messenger pada 2018 untuk memberitahu niatnya menjual buah pinggangnya.
“Saya ada masalah kewangan. Ibu bapa saya kehilangan rumah, perniagaan saya tidak ke mana. Jadi saya mencari kumpulan penderma buah pinggang dalam talian.
“Tidak sangka pentadbir Facebook meminta saya menghubungi broker di Kabupaten Bogor, Jawa Barat, yang akhirnya membawa saya ke Phnom Penh bersama dua lagi warga Indonesia pada Julai 2019 untuk menjalan prosedur pemindahan organ,” katanya seperti dilaporkan Straits Times.
Dia berkata, organnya dijual kepada pesakit dari Singapura
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Al Fadhil Mahathir Sudah Sepentas Dengan PAS, Sanusi Boleh Ucap Hai Hai Bye Bye Pada Kerusi MB
- Mungkinkah Dr Mahathir Juga Berminat Dengan Hasil REE Kelantan?
- 5 Tawaran BN Dalam PRN 6 Negeri
Katanya, selepas berjaya menyelesaikan masalah kewangan, dia bertindak menjadi orang tengah untuk rakyat Indonesia keluar dari masalah kewangan dengan menggunakan cara sama.
“Biasanya saya akan menghubungi sindiket itu di Facebook dan memberikan butiran peribadi mereka seperti umur, jantina dan jenis darah.
“Mereka kemudian akan berkumpul di sebuah rumah sewa di Bekasi sebelum mengambil penerbangan dari Jakarta atau Bali ke Phnom Penh, Kemboja, untuk pemeriksaan kesihatan di hospital tentera di sana.
“Sebaik sahaja lulus ujian kesihatan, mereka akan dipadankan dengan pembeli yang berasal dari pelbagai negara termasuk Singapura, Malaysia dan China,” katanya.
Katanya, penerima organ perlu membayar AS$13311.47 (kira-kira RM60,813) untuk buah pinggang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS
- SPRM: MB Kedah Akan Di Panggil
- PAS Itu Islam Dan Islam Itu PAS, Apakah Benar Begitu?
“Penjual akan bertemu pembeli, menandatangani perjanjian penderma dan menetapkan tarikh pembedahan pemindahan organ.
“Tiada sesiapa pun dibenarkan melawat mereka. Penjual akan dibayar selepas pemindahan selesai dan perlu duduk di hospital kira-kira 10 hari untuk pulih,” katanya kepada media televisyen tempatan dari Ibu Pejabat Polis Jakarta dalam video yang disiarkan di YouTube pada Ahad lalu..
Awal bulan ini, polis Indonesia berjaya menumpaskan sindiket itu dengan menahan 12 individu termasuk suspek dan individu yang menjual buah pinggang mereka kepada sindiket.
Ketua Pesuruhjaya Polis, Hengki Haryadi berkata, penjual organ termasuk guru, pengawal keselamatan dan pelajar universiti.
“Kebanyakan daripada mereka sangat memerlukan wang, menjadikan mereka sasaran sindiket itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menteri Besar Kedah dijangka bertukar selepas PRN
- Mungkinkah Bukan Datuk Liana Yang Kena Tahan?
- Proklamasi Mahathir sekadar fatamorgana dan retorik kosong
“Siasatan awal menunjukkan, pemerdagangan organ haram mungkin berlaku sejak sekian lama dan bukan satu-satunya sindiket.
“Kami akan terus mengambil tindakan untuk mewujudkan kesan pencegahan kepada pelaku dan menamatkan sindiket ini,” katanya.
Dilaporkan, sindiket itu turut membabitkan seorang anggota polis dan seorang pegawai imigresen.
Semua suspek berdepan hukuman penjara 15 tahun dan denda sehingga 600 juta rupiah (RM182,590) kerana melanggar undang-undang pemerdagangan orang Indonesia.
Akibat hutang, Hanim jual buah pinggang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa PN Serang Kerajaan Pusat Dalam Kempen Pilihanraya Negeri?
- Bila Cicak Kobeng Merasakan Dirinya Naga
- Mahathir cuba beri gambaran negara seolah olah berada di dalam “Police state” dalam tulisan nya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :