Hamil 10 minggu, isteri Da’i Syed alami keguguran

Hamil 10 minggu, isteri Da’i Syed alami keguguran

Hamil 10 minggu, isteri Da'i Syed alami keguguran
Syed memaklumkan isterinya mengalami keguguran.

PENDAKWAH selebriti Da’i Syed memaklumkan isterinya iaitu Hana Ismail mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah usia 10 minggu.

Syed atau Syed Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 28, berkata, meskpun berat namun dia dan isteri reda dengan kejadian itu.

“Berat hati ini ingin khabarkan, semua pasangan suami dan isteri inginkan cahaya mata.



Hamil 10 minggu, isteri Da'i Syed alami keguguran
Hana dan Syed reda dengan ujian yang diterima.

 

 

“Sejujurnya, isteri saya memang hamil… tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja,” katanya.

Syed berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Rabu.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan “Kakistocracy” alasan untuk Mahathir tumbangkan Kerjaan Perpaduan


Menerusi video yang dikongsi, Syed dilihat sedang menenangkan isterinya yang terlantar di katil hospital.

Tambahnya lagi, dia memohon orang ramai untuk mendoakan Hana yang akan menjalani rawatan mencuci rahim selepas keguguran di sebuah hospital.



“Hari ini, isteri saya akan menjalani proses D&C (proses keguguran) di hospital KPJ… mohon doakan untuk beliau,” ujarnya.

Sebelum ini, ketika dihubungi mStar, Syed berkata dia belum bersedia untuk berkongsi berita gembira ini dan akan mendedahkannya apabila tiba masa yang sesuai.

Ia susulan Syed dan Hana pernah berkongsi video mempromosikan produk kesihatan wanita di laman Instagram masing-masing seolah-olah memberi gambaran mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur.



Hamil 10 minggu, isteri Da’i Syed alami keguguran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button