MotoGP: Fabio Quartararo muak ‘janji kosong’ Yamaha

MotoGP: Fabio Quartararo muak ‘janji kosong’ Yamaha

MotoGP: Fabio Quartararo muak ‘janji kosong’ Yamaha
QUARTARARO mengakui sudah muak mendengar ‘janji kosong’ Yamaha mengenai usaha mereka menghasilkan jentera terbaik. – AFP

LONDON – Pelumba Perancis, Fabio Quartararo mahu Yamaha membuktikan kemampuan sebenar jentera YZR-M1 agar mereka mampu muncul sebagai pasukan pencabar dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Quartararo berharap dia tidak lagi mendengar janji kosong pasukan dari Jepun tersebut dan mahu Yamaha memberinya jentera yang memiliki kemampuan selayaknya untuk memburu kemenangan.

Justeru, Quartararo berkata, kata-kata semangat yang diungkapkan Yamaha tidak cukup buatnya kerana perkara paling utama adalah mereka perlu menunjukkan peningkatan pada sesi ujian di Misano September ini.



Ketika ini, pelumba Yamaha itu telah mengalami masalah yang sama seperti 2022 apabila sukar untuk memintas pelumba hadapan dan juga berdepan masalah pada sesi kelayakan yang sebelum ini menjadi kekuatan utamanya.

“Bagi saya ‘ujian Misano’ akan menjadi fasa sangat penting. Tiga tahun lepas saya mendengar banyak kata-kata daripada Yamaha bahawa mereka akan menjadi lebih baik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, apa nasib Faizal Azumu?



 


“Tetapi, perkara sebaliknya berlaku apabila kami tidak benar-benar menunjukkan peningkatan dan saya tidak pernah mendapatkan jentera yang terbaik.

“Saya tidak mahu lebih banyak ‘cakap-cakap’ dan saya mahu fakta.Dan  Saya mahu menunggang sebuah jentera dan berasa seperti kami telah membuat peningkatan yang besar.

“Saya mahu menunggang jentera Yamaha di landasan yang betul dan melihat peningkatan. Ujian Misano akan menjadi ujian paling penting pada tahun ini,” tegas Quartararo.



Musim depan menyaksikan Quartararo cuba membawa Yamaha kembali ke hadapan bersama rakan sepasukan baharu, Alex Rins yang akan menggantikan Franco Morbidelli. – AGENSI

MotoGP: Fabio Quartararo muak ‘janji kosong’ Yamaha


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading