Bapa, anak maut nahas 3 kereta

Bapa, anak maut nahas 3 kereta

Bapa, anak maut nahas 3 kereta
Kemalangan membabitkan tiga kereta di Kilometer (KM) 276.9 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), arah selatan, dekat Nilai, malam tadi, yang menyebabkan dua beranak maut. – Foto ihsan pembaca.

NILAI: Dua beranak meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki terbabit kemalangan dengan tiga kereta di Kilometer (KM) 276.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, pemandu Perodua Kancil itu maut di lokasi kejadian manakala anaknya yang berusia dua tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka.



“Apabila tiba di lokasi kejadian, tayar kereta itu disyaki pecah menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan dan melanggar besi penghadang pembahagi jalan di lorong kanan.

“Sebuah Perodua Myvi di lorong kanan tidak sempat mengelak dan dikatakan melanggar Perodua Kancil itu dan Perodua Myvi lain yang berada di lorong kedua,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar




Abdul Malik berkata, pemandu Perodua Kancil yang juga lelaki berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Anaknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban jam 7.40 pagi.

“Isterinya yang berumur 27 tahun serta seorang lagi anak berusia lima tahun dilaporkan parah. Dua pemandu dan seorang penumpang kenderaan lain cedera ringan,” katanya.

Abdul Malik berkata, mangsa yang cedera dikejarkan ke HTJ dan Hospital Kajang untuk menerima rawatan manakala mangsa yang maut dibawa ke HTJ untuk proses bedah siasat.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta hubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019- 4611794.

Bapa, anak maut nahas 3 kereta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading