Sheila Berhasrat Kembali Ke Bukit Aman, Harap Netizen Tidak Salah Faham
Sheila Berhasrat Kembali Ke Bukit Aman, Harap Netizen Tidak Salah Faham
Inspektor Sheila meluahkan hasrat untuk kembali bertugas sebagai pegawai kanan polis setelah digantung tugas pada 19 Jun lalu.
Saya pun manusia biasa ada kekurangan serta kelemahan… Kalau diikutkan dengan kelayakan saya ini, saya boleh berkhidmat di luar negara tapi saya pilih berkhidmat sebagai polis demi mencurahkan jasa buat masyarakat.
Saya harap masyarakat jangan salah faham dan tahu niat saya yang sebenarnya.
Susulan sebutan kes itu, Timbalan Pendakwaraya Raja Anis Farhah Ahmad Hilmi dan Erneetha Kaur Beghwant Singh menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes.
Malah, dokumen berkaitan rakaman video masih belum diserahkan kepada mahkamah. Tambahan, Majistret Nur Hafizah Rajuni dan Chai Guan Hock telah menetapkan tarikh 22 Ogos ini bagi sebutan semula kes.
Terdahulu, Inspektor Sheila didakwa atas pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.
Kredit: mStar
Sheila Berhasrat Kembali Ke Bukit Aman, Harap Netizen Tidak Salah Faham
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahli UMNO tidak akan terpedaya dengan saranan Hamzah Zainuddin
- Hari ini PN menang, esok angkat sumpah PM?
- Harrison lebih layak dari Azmin untuk calon bakal MB Selangor?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara