IHH miliki Timberland Medical Centre pada harga RM245 juta

IHH miliki Timberland Medical Centre pada harga RM245 juta

IHH miliki Timberland Medical Centre pada harga RM245 juta
Timberland Medical Centre menjadi pilihan penduduk di Kuching untuk mendapatkan perkhidmatan penghospitalan, perubatan dan pembedahan sejak 30 tahun lalu. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – IHH Healthcare (IHH) terus mengembangkan penguasaan pasarannya dalam industri kesihatan di Malaysia Timur dengan pemilikan Timberland Medical Centre.

IHH melalui subsidari milik penuh tidak langsung,  Pantai Holdings Sdn. Bhd. telah memterai perjanjian jual beli dengan Saravita Holdings Sdn. Bhd. dan juga sembilan individu pengasas bagi pemilikan ekuiti  dalam Bedrock Healthcare Sdn Bhd (BHSB) bernilai RM245 juta.

Timberland Medical Centre telah beroperasi sejak hampir 30 tahun dan menjadi pusat perubatan swasta utama dengan membina imej jenama yang kukuh di negeri tersebut.



Pusat perubatan yang memiliki 82 katil itu menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan, pembedahan dan perkhidmatan penghospitalan yang lain kepada umum.

Ketua Pegawai Strategi dan Pembangunan Perniagaan Kumpulan IHH, Ashok Pandit berkata, pemilikan dan pembangunan baharu ini akan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat menjadi penyedia utama dengan perkhidmatan berkualiti serta komprehensif di seluruh negara.

“Dua aset akan melengkapkan strategi kluster  dan membawa kepada peningkatan kapasiti katil keseluruhan IHH di Malaysia Timur kepada hampir 500 katil pada masa depan,” jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

IHH kini mengendalikan 16 hospital di seluruh negara meliputi 11 Pantai Hospital, empat Gleneagles Hospitals dan Prince Court Medical Centre. -KOSMO!ONLINE



IHH miliki Timberland Medical Centre pada harga RM245 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading