PMKS ada kekangan modal

PMKS ada kekangan modal

PMKS ada kekangan modal
PASARAN tenaga buruh negara dipengaruhi pelbagai faktor termasuk dasar dan polisi kerajaan dalam membawa masuk buruh asing yang pastinya akan bersaing dengan bekalan buruh tempatan untuk mendapatkan kerja sesuai. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pelaksanaan gaji minimum berdasarkan kuasa pasaran menjadi lebih sukar kerana majikan mempunyai pilihan dalam mengekalkan kos operasinya dan mempertahankan margin keuntungan mereka, kata penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata, kenaikan paras gaji sebaik-baiknya secara semula jadi ditentukan kuasa pasaran kerana ia memberikan refleksi bahawa pasaran bekalan buruh negara berada dalam situasi kompetitif dan sihat.

Namun katanya, pasaran tenaga buruh negara turut dipengaruhi pelbagai faktor termasuk dasar dan polisi kerajaan dalam membawa masuk buruh asing yang pastinya akan bersaing dengan bekalan buruh tempatan untuk mendapatkan kerja sesuai.



“Ini antara sebab mengapa paras gaji minimum rendah dan tidak banyak meningkat dalam tempoh beberapa dekad,” katanya kepada Bisnes Metro.

“Faktor lain adalah kebanyakan tenaga buruh Malaysia lebih 16 juta, 60 peratus daripadanya bekerja dengan organisasi PMKS, yang menjadi 90 peratus daripada jumlah entiti di Malaysia.

“Bakinya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat multinasional (MNC),” katanya.

Oleh itu katanya, PMKS di Malaysia tidak berkemampuan secara semula jadi untuk menawarkan gaji lebih besar kerana kekangan modal dan pasarannya yang terhad.

Beliau berkata, justeru langkah kerajaan memperkenalkan dasar minimum lebih tinggi dan terus ditingkatkan secara berkala, pasti memberi kekangan kepada sebahagian besar PMKS berkenaan.

“Sebagai contoh, pada akhir 2022, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja sehingga 1 Julai 2023, iaitu entiti yang ditakrifkan sebagai PMKS.



“Kalau dikaji secara mendalam, dalam jangka masa pendek pasti ia memberikan kesan negatif dan menekan majikan terutama dari sektor PMKS.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid


“Tetapi bagi faedah jangka panjang, ia meletak struktur ekonomi Malaysia pada kedudukan lebih baik dalam usaha mencapai unjuran yang diusulkan Ekonomi Madani.



“Contohnya, mempergiat majikan untuk meningkatkan rantaian pengeluaran dengan meningkatkan produktiviti pekerja mereka melalui penggunaan teknologi dan inovasi lain.

“Seterusnya, majikan juga perlu mengubah model perniagaan berlandaskan kos yang rendah dan bergantung kepada pekerja asing dan majikan perlu melabur dalam meningkatkan kemahiran pekerja tempatan untuk multi tasking bagi mendapat gaji lebih tinggi sesuai dengan peningkatan produktiviti,” katanya.

Menurutnya, langkah membina golongan berpendapatan pertengahan yang lebih besar, dalam mendukung cita-cita menjadi negara berpendapatan tinggi, maka penetapan gaji lantai adalah praktikal untuk semua pekerja di Malaysia.

PMKS ada kekangan modal

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading