Terbuka Jepun: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara ke suku akhir

Terbuka Jepun: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara ke suku akhir

Terbuka Jepun: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara ke suku akhir
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan pada Terbuka Jepun apabila layak ke suku akhir selepas menewaskan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-12, 21-10 di pusingan kedua hari ini.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Tokyo selepas berjaya melayakkan diri ke suku akhir.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung hari ini, juara dunia itu memastikan kemenangan straight set 21-12, 21-10 ke atas beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.

Kejayaan Aaron-Wooi Yik melayakkan diri ke suku akhir sedikit sebanyak menyelamatkan maruah Malaysia apabila langkah enam lagi wakil negara tersekat di pusingan kedua selepas tewas kepada lawan masing-masing.



Mara ke pusingan suku akhir pastinya mengubat luka beregu No.4 dunia itu selepas mereka tersingkir di pusingan kedua ketika beraksi pada Terbuka Korea yang berlangsung di Yeosu minggu lalu.

Menanti Aaron-Wooi Yik di suku akhir esok wakil tuan rumah, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang menewaskan beregu China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang menerusi aksi straight set 21-11, 23-21.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akhirnya ‘cuti sakit’ tamat, Zeti hadir ke Mahkamah



Atas kertas, Hoki-Kobayashi dilihat memiliki kelebihan pada perlawanan esok apabila pernah menewaskan Aaron-Wooi Yik sebanyak lima kali dalam tujuh pertemuan sebelum ini.

Sementara itu, perseorangan lelaki, Ng Tze Yong tewas 17-21, 14-21 kepada pemain Jepun, Koki Watanabe meskipun melakar kejutan dengan menyingkirkan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew di pusingan pertama semalam.

Satu lagi beregu lelaki kebangsaan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut tersingkir selepas tewas 14-21, 17-21 kepada pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi manakala beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin ‘tumbang’ 21-15, 18-21, 16-21 kepada Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan.

Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M.Thinaah yang masih tercari-cari rentak ditunjukkan jalan keluar apabila tewas 15-21, 13-21 kepada pasangan No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.



Dalam aksi beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kalah 11-21, 13-21 kepada Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China manakala beregu profesional, Chan Peng Soon-Cheah Yee See pula tewas 18-21, 21-19, 18-21 kepada wakil Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran. – KOSMO! ONLINE

Terbuka Jepun: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara ke suku akhir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button