Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?

Amin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?

Pertembungan antara kluster kartel dengan kluster presiden kini sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

Kluster kartel yang diterajui oleh Azmin, kini sudah mula melakukan serangan secara terbuka ke atas kluster presiden.



Terkini, Chegu Bard secara terbuka mendesak supaya presiden PPBM, Muhyiddin, bertanggungjawab ke atas kekalahan PPBM di Negeri Sembilan.

Dakwa Chegu Bard, tindakan Muhyiddin yang meletakkan Faizal Azumu sebagai pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan telah menyebabkan kekalahan PPBM di Negeri Sembilan.

Chegu Bard mendakwa tindakan tersebut telah menyebabkan PPBM dari boleh menang kepada senang kalah di Negeri Sembilan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?




Mungkin ada rasionalnya dakwaan Chegu Bard itu.

Bagaimana Faizal Azumu yang begitu asing di Negeri Sembilan boleh diletakkan sebagai pengerusi PPBM Negeri Sembilan?

Tetapi penulis difahamkan, Muhyiddin melakukannya kerana kononnya Faizal Azumu mendapat sokongan dari beberapa Ketua Cawangan UMNO di Negeri Sembilan.



Keadaan ini diharapkan boleh memberikan kemenangan kepada calon PPBM di Negeri Sembilan.

Tetapi ternyata percaturan Muhyiddin silap dan akibatnya PPBM tewas di 31 kerusi DUN dari 36 yang ditandingi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?




Chegu Bard juga mempersoalkan mengapa PPBM hanya mencalonkan 3 ADUN sebagai EXCO di Kedah?

Ini berbeza dengan apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat PPBM di peringkat pusat.

Penulis juga difahamkan, usaha sedang dilakukan oleh kluster kartel untuk membawa kembali Zuraidah ke dalam PPBM.

Ianya sebagai usaha untuk mengukuhkan lagi cengkaman kluster kartel di dalam PPBM.



Mungkinkah Kluster Kartel Kini Di Dokongi Oleh PAS?

Atas beberapa sebab, adalah tidak mustahil kluster kartel kini mendapat dokongan dari kepimpinan PAS.

Pemimpin PAS dikatakan berpendapat, sudah sampai masanya PPBM ‘merehatkan’ kluster presiden.

Beberapa orang pemimpin dari kluster presiden seperti Hamzah Zainuddin, Wan Saiful serta menantu Muhyiddin kini sudah bergelar kluster mahkamah.

Malah, presiden PPBM, Muhyiddin, sendiri kini sedang berhadapan dengan beberapa kes mahkamah.



Ini sudah pasti akan memberikan imej yang buruk kepada Perikatan Nasional yang menggunakan slogan Bersih dan Stabil.

Pemimpin PAS juga kini dilihat lebih ‘mesra’ kepada kluster kartel berbanding dengan kluster presiden.

Beberapa siri pertemuan pemimpin PAS dengan Dr Mahathir menjelaskan kepada kita mengenai pergolakan dalaman PPBM dan Perikatan Nasional.

Kluster kartel dikatakan tidak mempunyai masalah untuk berkerjasama dengan Dr Mahathir.

Manakala klkuster presiden pula dikatakan melihat Dr Mahathir sebagai ancaman kepada mereka.

Banyak lagi drama yang akan berlaku di dalam PPBM dan Perikatan Nasional.

Kenyataan Chegu Bard hanyalah sebagai pembuka tirai.

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button