Penganggur miliki 11 rekod lampau ditahan, polis rampas dadah bernilai lebih RM500,000
Penganggur miliki 11 rekod lampau ditahan, polis rampas dadah bernilai lebih RM500,000
GEORGETOWN: Polis menyerbu sebuah rumah sewa di Nibong Tebal yang dijadikan tempat penyimpanan dadah jenis syabu, semalam.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata seorang penganggur lelaki berusia 51 tahun dengan 11 rekod lampau, ditahan di beranda sebelum polis menemukan sejumlah dadah di kediaman terbabit.
Katanya, keseluruhan dadah dirampas dianggar bernilai RM571,500 dan boleh digunakan 87,000 penagih jika dipasarkan.
“Dadah itu ditemukan dalam 17 bungkusan teh dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methampetamine.
“Suspek mempunyai 10 rekod berkaitan dadah dan satu jenayah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perbicaraan Kes Rasuah Wan Saiful Bermula
- Sampaikan Peruntukan Untuk Rakyat Pun Hendak PN Politikkan, Mana Sikap Cakna Kepada Rakyat?
“Kali terakhir suspek ditahan ialah pada 2018 dan kita percaya dia bertindak sebagai pengedar dan mungkin bekerja dengan sindiket lebih besar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Menurut Mohamed Usuf berkata, suspek disyaki aktif sejak Oktober tahun lalu bagi pasaran tempatan dan polis giat mengesan pemilik rumah bagi membantu siasatan.
“Tindakan diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, yang mana polis turut menyita sebuah kenderaan dan wang tunai RM19,200,” katanya.
Mohamed Usuf berkata, pada jam 11 malam hari sama, pihaknya menahan dua lelaki dan wanita warga tempatan berusia antara 20 hingga 30 tahun dalam serbuan di Tanjong Tokong di sini, kerana disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.
Katanya, mereka bekerja di sebuah restoran yang mana dua suspek lelaki bekerja sebagai pembantu dapur manakala wanita berkenaan menjadi pelayan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keputusan KKM Mengiktiraf Pakar Bedah FRCS Bertentangan Dengan Akta Perubatan 1971
- Adilkah UMNO Di Label Parti Pelampau Bila Bersetuju Dengan Gerakan Memboikot KK Mart?
Dalam serbuan itu, katanya, sejumlah dadah MDMA, ekstasi dan syabu bernilai RM27,940 dirampas.
“Semua suspek tidak mempunyai rekod lampau tetapi seorang daripadanya didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, benzo dan ketamin,” katanya.
Mohamed Usuf berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan kedua-dua kes itu berjumlah RM683,640 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Semua suspek direman tujuh hari sehingga 1 April,” katanya.
Penganggur miliki 11 rekod lampau ditahan, polis rampas dadah bernilai lebih RM500,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akhirnya Tembelang Wan Saiful Pecah
- Tiba Tiba Teringat Teori Subsidi Rafizi Sebelum Jadi Menteri
- Bukan Zahid, tapi Khairy yang dua kali jadi biawak hidup.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :