Puteri Sarah hantar surat saman kepada kakak ipar Ira Kazar

Puteri Sarah hantar surat saman kepada kakak ipar Ira Kazar

Puteri Sarah hantar surat saman kepada kakak ipar Ira Kazar
Sarah gembira dengan perkembangan tuntutan yang dibuat peguamnya.

PELAKON Puteri Sarah Liyana membuktikan kata-katanya untuk menyaman kakak ipar bekas madunya iaitu Ira Kazar yang bercakap buruk mengenainya di media sosial.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menerusi Instagram miliknya memuat naik penyata tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Penyata tuntutan itu dibuat menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos lalu.



 

Puteri Sarah hantar surat saman kepada kakak ipar Ira Kazar
Tuntutan Puteri Sarah terhadap kakak ipar Ira Kazar.

Puteri Sarah yang kini berada di Jakarta, Indonesia memberitahu dia gembira dengan perkembangan tuntutan yang difailkan peguamnya.

“Alhamdulillah, berita gembira daripada peguam saya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark




“Kerana mulut badan binasa,” katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah meluahkan rasa bengang apabila wanita berkenaan masih menjaja cerita tentang dirinya meskipun sudah menarik balik saman terhadap keluarga bekas madunya itu sebelum ini.

Susulan kekecohan Wiwi menjentik Puteri Sarah di media sosial, wanita itu dilaporkan minta untuk bertemu aktres itu selepas memaklumkan tindakan undang-undang bakal diambil terhadapnya.



Bekas isteri Syamsul Yusof itu bagaimanapun enggan bertemu dengan individu tersebut sebaliknya menegaskan akan meneruskan saman terhadapnya.

Puteri Sarah hantar surat saman kepada kakak ipar Ira Kazar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button