Warga emas lemas ketika bantu 2 rakan terperangkap air pasang

Warga emas lemas ketika bantu 2 rakan terperangkap air pasang

Warga emas lemas ketika bantu 2 rakan terperangkap air pasang
Anggota bomba membawa mayat mangsa emas di Pantai Cermin, Kuala Sungai Baru – Foto ihsan IPD Alor Gajah

ALOR GAJAH: Niat seorang lelaki warga emas menyelamatkan dua rakannya dibawa arus pasang bertukar tragedi apabila dia lemas di Pantai Cermin, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Haudi Sujai, 63, dari Taman Setia Balakong di Seri Kembangan, Selangor datang pantai itu untuk memancing bersama tujuh rakannya sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati pada jam 4 pagi tadi, dua rakan mangsa berjalan kaki ke arah pantai Pulau Masjid, di sini untuk memancing, sebelum terperangkap dan hampir lemas apabila air laut mulai pasang kira-kira jam 11 pagi.



“Mangsa cuba membantu, namun malang dihanyutkan air deras, manakala dua rakannya berjaya diselamatkan orang kampung,” katanya melalui kenyataan.

Arshad berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan pihak bomba dengan bantuan orang kampung sebaik menerima laporan kejadian itu.

“Sekitar jam 3 petang mangsa ditemui terapung tidak jauh dari lokasi sebelum dibawa ke pantai dan disahkan meninggal dunia.

“Mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,” katanya.



Warga emas lemas ketika bantu 2 rakan terperangkap air pasang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading