La Liga: Lewy bantu Barca pertahan rekod bersih

La Liga: Lewy bantu Barca pertahan rekod bersih

La Liga: Lewy bantu Barca pertahan rekod bersih
LEWANDOWSKI menyempurnakan sepakan penalti pada hujung perlawanan untuk memastikan kemenangan buat Barcelona ketika menentang Osasuna awal pagi semalam. – AFP

PAMPLONA – Barcelona meneruskan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan awal La Liga musim ini selepas menang 2-1 ke atas Osasuna yang beraksi dengan 10 pemain di Stadium El Sadar awal pagi semalam.

The Catalans terpaksa menunggu sehingga Osasuna beraksi dengan kekurangan seorang pemain selepas Alejandro Catena dilayangkan kad merah pada minit ke-84 untuk mendahului perlawanan itu.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyerang prolifik mereka, Robert Lewandowski (Lewy) menerusi sepakan penalti untuk menghadiahkan kemenangan ketiga berturut-turut buat Barcelona.



Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez menegaskan, anak-anak buahnya berhak meraih kemenangan berdasarkan 71 peratus penguasaan permainan biarpun pihak lawan lebih banyak melakukan percubaan.

“Saya fikir kami kekurangan dari segi permainan terbuka dan kesabaran untuk cuba mengatur lebih banyak serangan ke arah lawan. Kami sudah bermain dengan baik sebenarnya tetapi ia masih tidak berlaku.

“Namun, akhirnya kami menang. Ini satu kemenangan yang amat bermakna kerana bukan mudah apabila anda datang ke El Sadar dan pulang dengan tiga mata.

“Secara keseluruhan saya gembira dan berpuas hati dengan kemenangan ini kerana mereka adalah lawan yang sukar,” katanya.



Barcelona mendapat gol pertama menerusi tandukan Jules Kounde di penghujung separuh masa pertama sebelum Osasuna bangkit mengikat kedudukan melalui Chimy Avila pada minit ke-76. – AFP

La Liga: Lewy bantu Barca pertahan rekod bersih


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading