Bayi masih bertali pusat bersama uri ditemukan hidup selepas 4 hari bawah runtuhan
Bayi masih bertali pusat bersama uri ditemukan hidup selepas 4 hari bawah runtuhan
Tripoli: Keajaiban berlaku apabila bayi perempuan yang baru lahir ditemui masih bernyawa di bawah runtuhan bangunan di Libya, empat hari selepas ribut Daniel melanda kawasan itu.
Gulf News melaporkan, penemuan bayi yang masih bertali pusat bersama uri amat mengejutkan kerana dapat bertahan walaupun dalam keadaan bencana alam yang dahsyat.
Rakaman video tular di laman sosial menunjukkan usaha menyelamat mangsa banjir menunjukkan sedikit harapan walaupun tipis untuk menjejak mangsa terselamat.
Dalam klip video tular itu, sekumpulan rakyat dan pasukan penyelamat dilihat berusaha keras mencari mangsa di tengah-tengah runtuhan dan pencarian berhasil apabila menemui seorang bayi yang sedang menangis.
Bayi itu ditemui dengan badannya disaluti lumpur dan sisa ribut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Pelangai – UMNO perlu kerja keras pertahan kemenangan
- Berapa orang ‘mati’ di P026 Ketereh hari ini?
- MKT UMNO Terus Membisu Dalam Isu Kes Zahid
“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan
Tangisan bayi itu mengundang rasa sebak anggota penyelamat.
Walaupun teriakan gembira mengumumkan penemuan bayi itu, namun nasib ibu dan ahli keluarga yang lain belum diketahui.
Ini kerana mereka tidak dapat dikenal pasti sama ada dalam kalangan yang masih hidup atau menjadi mangsa ribut Daniel.
Bayi baru lahir itu dibalut dengan sehelai kain oleh individu yang menemuinya sebelum dibawa ke hospital terdekat untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut.
Ribut Daniel yang melanda Libya Isnin lalu, membawa kepada krisis kemanusiaan yang besar.
Ribut itu mengorbankan puluhan ribu nyawa, malah ia bukan hanya mengakibatkan kematian tetapi juga sejumlah besar individu cedera serta hilang.
Musibah itu menyebabkan pemindahan besar-besaran, dengan ramai penduduk di timur Libya kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian.
Bayi masih bertali pusat bersama uri ditemukan hidup selepas 4 hari bawah runtuhan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap “No Komen”
- Hadi Awang Menipu Lagi
- Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
- Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :