Aeril Zafrel Kenang Zaman Hadap Kontroversi ‘Besar’

Aeril Zafrel Kenang Zaman Hadap Kontroversi ‘Besar’

Aeril Zafrel Kenang Zaman Hadap Kontroversi ‘Besar’
Aeril Zafrel Kenang Zaman Hadap Kontroversi ‘Besar’

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya seakan gemar menunjuk-nunjuk kemewahan.

Dakwaan tersebut timbul selepas Wawa berkongsi momen kegembiraan apabila menerima kejutan daripada suami Aeril Zafrel yang menghadiahkannya sebuah kereta Brabus 900 Rocket Edition bersempena ulang tahun ke-31.

 



Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, dia hanya berkongsi kegembiraan sama seperti orang lain.

“Ia bergantung kepada netizen itu sendiri. Kalau dia pandang daripada sudut positif, mereka akan faham yang kami hanya berkongsi momen-momen di dalam hidup dan memberi inspirasi kepada orang lain.

“Kalau negatif, mereka akan kata yang kami ni menunjuk-nunjuk. Padahal kami berkongsi momen sama seperti orang lain. Kalau orang lain dapat sesuatu yang membuatkan mereka gembira, pasti mereka juga akan kongsikan di media sosial,” katanya kepada MH.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan



Aeril Zafrel Kenang Zaman Hadap Kontroversi ‘Besar’

Sementara itu, Aeril yang juga merupakan pelakon menyifatkan kejayaan yang mereka kecapi ketika ini datang daripada hasil penat lelah membangunkan bisnes daripada bawah.

“Rasanya semua orang tahu, untuk kami miliki kehidupan yang sekarang, bukannya dalam setahun dua. Orang pun tahu macam mana kami susah dahulu.

“Kami juga pernah terpalit kontroversi yang besar dan harus bermula daripada bawah. Kemudian, perlahan-lahan orang nampak kejayaan kami.



“Kami mula ada pejabat, bangunan sendiri, kenderaan dan staf-staf yang bekerja dengan kami. Kami usahakan bisnes ini hampir tujuh tahun. Ini bukan sesuatu yang mudah dicapai. Ia perlu melalui proses yang panjang.

“Sesiapa yang menjalankan perniagaan, pasti mereka ada impian tersendiri. Alhamdulillah, satu per satu impian kami tercapai. Kini, kami hanya ingin membantu peniaga-peniaga di bawah kami,” ulasnya.

Wawa dan Aeril berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengumuman duta baharu bagi produk Beunita yang berlangsung di Forest Valley, Cheras pada Sabtu.

 

Aeril Zafrel Kenang Zaman Hadap Kontroversi ‘Besar’

Pada masa sama, bapa kepada empat orang cahaya mata ini mended dirinya juga tidak gemar membaca komen-komen kerana bimbang ia akan mengganggu emosi dan mental.



“Kalau saya nampak artikel berbaur negatif mengenai keluarga saya, kebiasaannya saya tidak akan buka ruangan komen.

“Kalau saya buka, ia mungkin boleh menggangu emosi dan mental. Sejak dahulu lagi, kalau ada perkara negatif, saya tak nak fikir sangat,” akhirinya.

Terdahulu, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan empat cahaya mata.

Aeril Zafrel Kenang Zaman Hadap Kontroversi ‘Besar’

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button