Kapal terbang buatan sendiri terhempas, juruterbang maut
Kapal terbang buatan sendiri terhempas, juruterbang maut
Washington: Peminat kapal terbang yang gemar menerbangkan pesawat buatan sendiri, ditemukan meninggal dunia di hutan Michigan, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Metro UK melaporkan, Richard Martin, 82, dari Dowagiac, Michigan, terbunuh selepas pesawat buatan sendiri itu terhempas.
Bangkai pesawat Martin ditemukan, pada 3.52 petang 14 September lalu.
Bangkai pesawat itu dikesan di kawasan hutan oleh helikopter Polis Negeri Michigan, kira-kira 3.2 kilometer (km) di utara lapangan terbang.
Pasukan pertama yang bergegas ke lokasi nahas mengesahkan pesawat itu adalah milik Martin.
Hasil pemeriksaan, Martin ditemukan meninggal dunia di lokasi.
Martin sebelum itu dilaporkan terbang menaiki pesawat buatannya itu kira-kira 11 pagi pada Ahad (10 September lalu).
Menurut pengurus di Lapangan Terbang Perbandaran Dowagiac, Martin kerap menerbangkan pesawatnya selama kira-kira sejam hingga dua jam, pada pagi Ahad.
Bagaimanapun, pada hari kejadian, lelaki itu tidak pulang menyebabkan pihak lapangan terbang menghubungi polis untuk membantu mencari Martin.
Dalam pada itu, Metro UK melaporkan pesawat dipandu Martin itu adalah daripada Sonex, syarikat yang menjual kit untuk penggemar penerbangan membina pesawat mereka sendiri.
Rekod Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menunjukkan bahawa Martin mula membina Sonex pada 2005. Pesawat uty diperakui oleh FAA pada 2018 dan perakuan itu akan tamat pada 2028.
Bagaimanapun, tiada sistem penentududukan sejagat (GPS) pada pesawat itu, selain daripada iPad yang dibawa Martin ketika penerbangan itu.
Ketika ini, penyiasat meneruskan siasatan bagi mengetahui punca nahas.
Kapal terbang buatan sendiri terhempas, juruterbang maut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’
- Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia
- Ayob Khan: 25 Akan Di Soal Siasat Berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal