F1: Max Verstappen ikrar bangkit di Suzuka

F1: Max Verstappen ikrar bangkit di Suzuka

F1: Max Verstappen ikrar bangkit di Suzuka
VERSTAPPEN sekadar meraih tempat kelima di Singapura sekali gus meleburkan rekod bersih 14 kemenangan Red Bull musim ini. – AFP

SINGAPURA – Juara 10 kali Grand Prix (GP) berturut-turut, Max Verstappen percaya dia akan kembali bangkit memenangi perlumbaan selepas Red Bull bergelut mempamerkan aksi terbaik mereka di Singapura pada Ahad lalu.

Pasukan Red Bull akhirnya ditewaskan selepas menguasai 14 kemenangan berturut-turut musim ini di Singapura selepas Verstappen sekadar menamatkan perlumbaan tempat kelima dan Sergio Perez menghuni tempat kelapan.

Pada saingan tersebut, Carlos Sainz membantu Ferrari kembali merasai nikmat kemenangan selepas menjuarai perlumbaan tersebut.



Bagaimanapun, Verstappen yang telah menjuarai 12 daripada 15 pusingan setakat ini, menjangkakan Litar Suzuka akan menjadi pentas kebangkitan pasukannya selepas menjuarai saingan tersebut musim lalu di Jepun.

“Ya, itulah sasarannya, Kami akan bangkit di Suzuka nanti. Litar ini (Marina Bay) sangat berbeza dengan Suzuka. Apapun, kami telah belajar sesuatu daripada kesilapan lalu.

“Saya tidak boleh menjelaskan secara terperinci mengenai kesilapan yang telah kami lakukan di Singapura, tetapi saya berasa gembira mengenai Suzuka,” kata Verstappen.

Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner mengakui kegagalan mereka di Singapura telah mendedahkan kelemahan jentera RB19 sekali gus menjadi pengajaran yang sangat berguna untuk mereka melakukan persiapan pada musim 2024. – AGENSI



F1: Max Verstappen ikrar bangkit di Suzuka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading