MotoGP: Morbidelli sertai Ducati bersama Pramac

MotoGP: Morbidelli sertai Ducati bersama Pramac

MotoGP: Morbidelli sertai Ducati bersama Pramac
MORBIDELLI kekal bersaing dalam kelab perdana MotoGP apabila sah menyertai pasukan Pramac Racing musim depan. – AFP

MILAN, Itali – Keputusan Pramac Ducati mendapatkan khidmat Franco Morbidelli musim depan menutup spekulasi bahawa juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez bakal meninggalkan Honda menyertai keluarga Ducati.

Pramac dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa bekas juara dunia Moto2, Morbidelli akan bersama mereka musim depan dan bergandingan bersama Jorge Martin bagi mengemudi jentera Desmosedici GP24.

Morbidelli sebelum ini bersaing bersama Yamaha sejak 2019, namun aksi tidak konsisten menyebabkan pasukan Jepun itu tidak melanjutkan kontrak dan membuat keputusan membawa pasukan pelumba Sepanyol, Alex Rins bersama mereka musim depan.



“Saya sangat gembira bahawa Franco (Morbidelli) akan menjadi sebahagian daripada keluarga kami untuk 2024. Saya secara peribadi mempunyai hubungan yang sangat baik dengannya,” kata Principal Pramac, Paolo Campinoti dalam satu kenyataan.

Marco Bezzecchi sebelum ini dikaitkan untuk bersama pasukan Pramac selepas Ducati menawarkan jentera kilang buatnya musim depan, namun dia kekal dengan pendiriannya untuk terus bersama VR46 Racing.

Keengganan Bezzecchi itu menyebabkan Marquez dikaitkan ke Pramac selepas pelumba Sepanyol itu mendedahkan masalah Honda belum diselesaikan pada jentera 2024 dan keputusan mengenai masa depannya kini semakin hampir diputuskan.

MotoGP: Morbidelli sertai Ducati bersama Pramac


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button