Banjir kilat landa beberapa kawasan di Sepang



Banjir kilat landa beberapa kawasan di Sepang

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Sepang
Beberapa kawasan di Sepang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat bermula kira-kira jam 1 tengah hari, yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan terjejas.

SEPANG: Beberapa kawasan di Sepang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat bermula kira-kira jam 1 tengah hari, yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan terjejas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata pihaknya menerima laporan kesesakan lalu lintas di tiga lokasi iaitu persimpangan lampu isyarat Kota Warisan-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jalan Jenderam-Salak Tinggi dan Jalan Sungai Merab-Bangi, kira-kira jam 4 petang.

“Hasil pemantauan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang mendapati banjir kilat menjadi punca kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan, banjir kilat pun surut bila hujan berhenti.



“Tiada jalan yang putus. Jalan-jalan berkenaan sudah boleh dilalui kenderaan dan aliran trafik telah pulih. Cuma kenderaan agak banyak kerana waktu orang balik kerja,” katanya ketika dihubungi, sambil menambah anggota polis telah berada di kawasan terjejas untuk mengawal lalu lintas.

Laman Facebook Sepang Viral turut berkongsi maklumat kawasan terjejas dengan banjir kilat antaranya kawasan perumahan Taman Bunga Raya dan Taman Seroja dan melaporkan banjir telah surut apabila hujan mulai berhenti kira-kira jam 4 petang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap akibat limpahan air tasik susulan hujan lebat.– BERNAMA

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Sepang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker