KWAP perkenal Dana Perintis RM500 juta

KWAP perkenal Dana Perintis RM500 juta

KWAP perkenal Dana Perintis RM500 juta
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (tengah) diiringi Ketua Pegawai Pelaburan KWAP Hazman Hilmi Sallahuddin (kanan sekali) dan Ketua Jabatan Ekuiti Persendirian KWAP, Saiful Bahri Hassan (kiri sekali) pada Pelancaran Dana Perintis. – FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), memperkenalkan Dana Perintis, yang disasarkan untuk memberi sokongan kepada ekosistem modal teroka (VC) Malaysia dengan saiz dana sebanyak RM500 juta.

Ketua Pegawai Pelaburan KWAP, Hazman Hilmi Sallahuddin berkata, Dana Perintis mempunyai komitmen pelaburan sehingga RM500 juta dalam tempoh 18 hingga 24 bulan akan datang dengan sasaran inisiatif pemerkasaan syarikat pemula untuk memacu inovasi dan menyokong daya tahan ekonomi.

Katanya, dana itu juga diasaskan berdasarkan dua kategori strategik iaitu pelaburan dana modal teroka yang memfokuskan Malaysia dan pelaburan terus dalam syarikat yang berada di tahap permulaan.



“Dengan peruntukan sebanyak RM250 juta untuk setiap kategori, inisiatif KWAP ini disasarkan untuk memacu pertumbuhan dalam landskap keusahawanan selari dengan komitmen kelestarian KWAP sebagai salah satu organisasi yang menyokong Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami menyasarkan RM25 juta hingga RM50 juta untuk satu pelaburan,” katanya selepas majlis perasmian Dana Perintis di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat




Hadir merasmikan, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Hazman berkata, KWAP menyedari potensi untuk berinovasi serta pertumbuhan dalam ekosistem peringkat awal di Malaysia.

Menurutnya, sebahagian besar daripada dana sehingga RM250 juta akan disalurkan kepada pelaburan dalam dana modal teroka dengan pendedahan berfokuskan kepada Malaysia.

Beliau berkata, ia juga seiring dengan wawasan KWAP untuk menyokong dan membangunkan ekosistem modal teroka yang mampu berdiri sendiri.



Katanya, VC itu juga akan berfungsi sebagai pemangkin dinamik, memupuk inovasi dalam syarikat pemula dan memberikan dana yang mencukupi bersama bimbingan yang sewajarnya.

“Kami berdedikasi untuk memperkasa syarikat pemula dan PKS, menyokong tenaga kerja dan memupuk inovasi.

“Dalam mencapai visi ini, KWAP mengenalpasti beberapa syarikat pemula berpotensi untuk dilabur, yang kini menggajikan kira-kira 1,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang,” katanya.

KWAP perkenal Dana Perintis RM500 juta

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button