Kolaborasi CelcomDigi, Yinson bangun infrastruktur EV
Kolaborasi CelcomDigi, Yinson bangun infrastruktur EV

Kuala Lumpur: CelcomDigi Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yinson Holdings Bhd untuk mempercepat penerimagunaan mobiliti elektronik di seluruh Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, kerjasama itu adalah pencapaian penting dalam perkongsian dengan Yinson sejak sekian lama.
“Ini adalah kali pertama di Malaysia penyedia perkhidmatan telekomunikasi bekerjasama dengan syarikat infrastruktur dan teknologi tenaga global untuk bersama-sama menginovasi cara kami menawarkan perkhidmatan kenderaan elektrik (EV) kepada pengguna,” katanya selepas majlis menandatangani MoU itu di sini, baru-baru ini.
MoU itu ditandatangani antara Idham dan CEO Yinson, Lim Chern Yuan ketika pameran Kenderaan Elektrik dan Mobiliti (EVM) Asia 2023 yang diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini, dari 19 hingga 21 September 2023.
Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Pecahkan Melayu, Sekarang Mahathir Mahu Pecahkan Malaysia
- Antara Kewalakan Ahli Dan Kelicikan Putera Gunung Ledang
- Demo “Selamatkan Malaysia” tidak laku, rakyat sudah bijak
Kerjasama itu membolehkan Yinson memanfaatkan rangkaian 4G LTE dan 5G CelcomDigi untuk memperkasakan sambungan bagi pengendali titik pengecasan untuk chargeEV, rydeEV, driveEV dan EV.
Lim berkata, kerjasama itu akan menyokong lagi dasar progresif kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat sifar bersih seperti yang ditetapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
“Kesalinghubungan dan teknologi inovatif adalah asas bagi pembangunan sistem pengangkutan yang cekap, bersih dan saksama pada masa hadapan.
“Kami bersama-sama berharap dapat memberikan penyelesaian pengangkutan yang bersih dan bersepadu kepada rakyat Malaysia setiap hari, membawa kami secara kolektif lebih dekat untuk mencapai matlamat sifar bersih negara,” katanya.
Kolaborasi CelcomDigi, Yinson bangun infrastruktur EV
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MP Putrajaya Yang Mudah Lupa
- PPBM Semakin Di Singkirkan PAS, Apa Masa Hadapan PN
- MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :