Bukan masa sesuai perkenal semula GST – Steven Sim
Bukan masa sesuai perkenal semula GST – Steven Sim
Kuala Lumpur: Kerajaan tidak mempertikaikan kelemahan atau kekuatan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sebaliknya kesesuaian waktu untuk melaksanakannya semula, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata, dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan berikutan negara masih lagi berdepan fasa pemulihan ekonomi pasca Covid-19 dan pelbagai cabaran ekonomi global akibat pergolakan geopolitik, negara masih belum bersedia untuk melaksanakan GST.
“Ini bukan satu perbincangan dari segi kekuatan atau kelemahan sistem percukaian GST… tetapi kesesuaian. Kita perlu melakukan perkara yang betul pada masa yang betul. Kalau lakukan perkara betul tetapi pada masa salah, maka akan memberi beban kepada rakyat,” katanya ketika menggulung perbahasan sidang khas Dewan Negara Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Parlimen, hari ini.
Menurut Sim, kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi melihat kesesuaian dan penambahbaikan sistem percukaian sedia ada seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Beliau berkata, kerajaan perlu melihat pelbagai aspek sebelum mempertimbangkan keputusan untuk melaksanakan sebarang dasar percukaian antaranya struktur keseluruhan sistem percukaian negara sedia ada dan batasannya, ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan, kedudukan ekonomi semasa, keperluan hasil kerajaan dan taraf hidup rakyat serta kesediaan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
Berkenaan pengenalan cukai karbon, Sim berkata sebarang pengenalan cukai baharu perlu dikaji dengan teliti untuk mengambil kira kesannya, bukan sahaja kepada aktiviti ekonomi, malah kepada kehidupan rakyat.
“Oleh itu, kerajaan buat masa ini tidak ada keputusan untuk melaksanakan cukai karbon. Namun, Kementerian Kewangan sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan cukai karbon sebagai antara instrumen harga karbon bagi menyokong aspirasi negara untuk mencapai pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau seperti yang diumumkan dalam RMK-12,” katanya.
Beliau berkata kajian itu juga merangkumi proses penandaarasan dengan mengenal pasti amalan terbaik yang telah dilaksanakan di negara-negara maju berhubung pelaksanaan cukai karbon.
Bukan masa sesuai perkenal semula GST – Steven Sim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Luar Negara Anwar Yang Membingungkan
- Hanya Lawan PAS Haram, Yang Lain Semua Halal
- Pelangai,antara politik kebajikan dan ‘air liur’, pilihan pengundi?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :